Utusan Borneo (Sabah)

COVID-19: Tiga kluster baharu diisytihar

Dua kluster di Sibu di Jln Disa dan Jln Ding Lik Kwong, satu lagi kluster di Selangau

- Oleh Agnes Tugong

KUCHING: Tiga kluster baharu jangkitan COVID-19 diisytihar­kan di Sarawak semalam dengan satu daripadany­a dikesan melibatkan sebuah sekolah rendah agama di Jalan Disa, Sibu.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas pada sidang media semalam berkata tiga kluster baharu tersebut ialah Kluster Jalan Disa dan Kluster Jalan Ding Lik Kwong di Sibu dan Kluster Ulu Balingian di Selangau.

“Kluster Jalan Disa adalah sebuah kluster komuniti yang dikesan melibatkan sebuah sekolah rendah agama di Jalan Disa, Sibu.

“Kes indeks kepada kluster ini adalah kes ke-21,347 yang merupakan perempuan tempatan berumur 28 tahun yang dikesan melalui saringan individu bergejala di Klinik Kesihatan Lanang pada 13 April 2021 dan disahkan positif pada 14 April 2021.

“Kes yang bertugas sebagai guru di sekolah tersebut telah mengalami gejala pada 9 April dan pernah melakukan pergerakan rentas zon ke Daerah Kabong dan Betong pada 31 Mac hingga 4 April 2021 yang lepas semasa cuti sekolah,” katanya.

Seramai 199 individu telah disaring di mana 20 kes didapati positif, manakala 179 kes lagi didapati negatif.

Uggah yang juga Pengerusi Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) menambah, bagi Kluster Jalan Ding Lik Kwong pula, ia merupakan kluster tempat kerja yang dikesan melibatkan sebuah syarikat perindustr­ian perkayuan di Teku Sibu.

Kes indeks kepada kluster ini dikesan melalui saringan individu bergejala pada 12 April dan didapati positif pada 13 April.

Kes katanya, yang merupakan perempuan tempatan berumur 28 tahun merupakan pembantu tadbir di syarikat tersebut dan pernah melakukan pergerakan merentas zon pada 1 hingga 4 April di Daerah Sarikei.

Seramai 43 individu telah disaring di mana 16 kes didapati positif dan 27 kes negatif saringan pertama.

Satu lagi kluster iaitu Kluster Ulu Balingian pula, adalah kluster komuniti yang dikesan melibatkan sebuah sekolah menengah dan kediaman penduduk di Ulu Balingian, Selangau.

Kes indeks kepada kluster ini adalah kes ke-23,111 yang merupakan pelajar sekolah terbabit berumur 16 tahun yang didapati positif pada 16 April 2021.

Hasil siasatan lanjut dan pengesanan kes secara aktif dan saringan ke atas 200 individu mendapati 101 kes positif termasuk kes indeks dan 99 kes negatif saringan pertama.

Uggah turut memaklumka­n Daerah Selangau telah bertukar status kepada status Merah daripada Jingga setelah merekodkan 128 kes jangkitan tempatan dalam tempoh 14 hari lepas.

Manakala Daerah Betong dan Asajaya telah bertukar status kepada Jingga daripada Kuning setelah masing-masing merekodkan sejumlah 22 dan 21 kes dalam tempoh 14 hari lepas.

Daerah Bau pula kembali berstatus Kuning daripada Jingga setelah mencatatka­n 12 kes jangkitan tempatan dalam tempoh 14 hari lepas.

KUALA LUMPUR: Polis sedang mengesan seorang lelaki yang dipercayai dalang sebenar pembikinan dua video Hari Raya Aidilfitri, yang mempromosi iklan perjudian secara dalam talian.

Lelaki yang kini dicari polis itu dikenali sebagai Loh Kee Hoe, 35, dan beralamat di Kuala Lumpur dan dia dikehendak­i bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia dan Seksyen 4(1) (g) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Mohamad Zainal Abdullah berkata, lelaki terbabit dipercayai terlibat dalam mengarah pembikinan dua video mempromosi perjudian secara dalam talian, yang tular di media sosial.

“Selain itu, polis juga sedang mengesan seorang lelaki dan wanita yang merupakan dua pelakon video kedua yang tular itu, untuk membantu siasatan kes ini,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, di sini semalam.

Polis turut mengesahka­n video pertama dan kedua iklan promosi judi itu adalah daripada produksi yang sama, dan walaupun pelakonnya berbeza polis percaya mereka mengenali antara satu sama lain, dan siasatan polis mendapati pelakon video itu dibayar RM180 seorang.

Sehubungan itu, Mohamad Zainal menasihatk­an orang ramai agar tidak berkongsi video-video yang salah di sisi undang-undang, dan meminta mereka yang mempunyai maklumat agar menghubung­i pegawai penyiasat ASP Zairil Hazly Zulkifli di talian 0174589997 atau balai polis berhampira­n. — Bernama

Kes yang bertugas sebagai guru di sekolah tersebut telah mengalami gejala pada 9 April dan pernah melakukan pergerakan rentas zon ke Daerah Kabong dan Betong pada 31 Mac hingga 4 April 2021 yang lepas semasa cuti sekolah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia