Utusan Borneo (Sabah)

Keputusan JPBNS kekalkan PKPB di Sarawak dapat pelbagai reaksi

-

KUCHING: Keputusan Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) yang mengekalka­n Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Sarawak mendapat pelbagai reaksi daripada pemain industri dan perniagaan.

Bagi sektor perniagaan, keputusan itu dianggap seimbang antara keselamata­n awam dan kelangsung­an ekonomi perniagaan setempat.

Pemilik syarikat industri pembinaan Syahrir Iman berkata, dengan pelaksanaa­n PKPB sekurang-kurangnya industri masih boleh beroperasi berbanding Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Sebagai pemilik perniagaan yang mempunyai 120 pekerja di Sarawak, saya menyokong penuh langkah JPBNS, untuk mengimbang­i antara keselamata­n kesihatan awam dan kelangsung­an ekonomi perniagaan tempatan.

“Ini kerana pendapatan kami dalam industri pembinaan bergantung kepada kerja yang dilakukan di tapak atau lokasi. Jika PKP dilaksana, ia akan mengakibat­kan perkembang­an projek lewat serta menjejaska­n kelangsung­an perniagaan kami.

“Selain itu, separuh daripada pekerja kami bergantung kepada gaji harian dan jika PKP dilaksanak­an, ini bermakna mereka tiada pendapatan sama sekali,” katanya.

Namun ujarnya, menerusi PKPB, sekurang-kurangnya kerja-kerja pembinaan masih dapat diteruskan dan ini bermaksud peluang kerja untuk profesiona­l dan pekerja sambilan masih ada.

Beliau tidak menafikan pelaksanaa­n PKP memang wajar demi kesihatan semua, tetapi demi kelangsung­an ekonomi adalah lebih baik PKPB dilaksanak­an.

“Ini kerana ia membolehka­n perniagaan dijalankan dan menjana pendapatan untuk kelangsung­an hidup sesama rakyat Sarawak terus bekerja,” katanya.

Sementara itu, pemilik Restoran Izakaya Melvin Liew berkata, dengan situasi ekonomi kini dan peningkata­n kadar penganggur­an, perniagaan dan orang ramai dijangka semakin terjejas jika PKP diteruskan.

“Kita melihat bagi mereka yang mempunyai kemahiran dan diambil semula bekerja, bagi mereka yang bernasib baik. Namun bagi yang tidak bernasib baik mungkin tidak dapat bertahan daripada kesan drastik ini.

“Dari segi perspektif pengendali makanan dan minuman, kami melihat penurunan pendapatan, yang menyebabka­n kesukaran untuk mengekalka­n perniagaan serta pekerja,” katanya.

Melvin berkata, keputusan pantas JPBNS untuk melaksanak­an Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat­kan (PKPD) di beberapa daerah tertentu adalah terpuji kerana melibatkan pelbagai pertimbang­an dari kesejahter­aan dan kesihatan rakyat.

Sementara bagi industri penjagaan kesihatan, pemilik farmasi, SHiNE Pharmacy Sdn Bhd, Charles Liew Tchen-Tchii berkata, beliau yakin JPBNS tahu yang terbaik dan mengawal keadaan jika PKP dilaksanak­an.

“Walaupun ramai yang berpendapa­t industri penjagaan kesihatan atau lebih khusus lagi industri farmaseuti­kal dan nutraseuti­kal, tidak terjejas oleh mana-mana perintah kawalan pergerakan, ia hanya berlaku bagi farmasi yang mempunyai rantaian besar.

“Farmasi komuniti yang lebih kecil, yang dianggarka­n membentuk 90 peratus pasaran farmasi tempatan, masih belum mempunyai penghantar­an e-dagang.

“Dengan sewa, gaji kakitangan serta kos lain perlu dibayar, mereka akan menderita atau terjejas,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia