Utusan Borneo (Sabah)

Dituduh pembawa malang, lelaki warga asing dipercayai diserang anak majikan

-

SEREMBAN: Polis sedang mengesan individu terbabit dalam kejadian mencederak­an seorang lelaki dengan menggunaka­n kaki dan tangan di sebuah rumah di Seremban yang tular di laman sosial sejak kelmarin.

Ketua Polis Daerah Seremban ACP Mohd Said Ibrahim berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu kelmarin namun maklumat lanjut berhubung insiden itu masih dalam siasatan.

“Kejadian disyaki berlaku di kawasan Seremban dan kita sedang menjalanka­n siasatan bagi mengenal pasti identiti mangsa dan tarikh kejadian.

“Usaha untuk mengesan mangsa dan kesemua suspek terbabit sedang giat dijalankan dan kes disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan semalam.

Kelmarin, tular tiga video pendek keseluruha­n berdurasi lebih lima minit di laman Facebook yang memaparkan sekumpulan lelaki menendang dan menampar seorang individu di sebuah rumah disyaki di kawasan Seremban. — Bernama

MELAKA: Jabatan Imigresen menahan 39 pendatang asing tanpa izin (PATI) termasuk tiga wanita dalam serbuan berasingan di sekitar Klebang dan Batu Berendam di sini, awal pagi semalam.

Timbalan Pengarah Imigresen Melaka K Vishnuthar­an berkata kesemua yang ditahan berumur antara 23 hingga 50 tahun membabitka­n 22 warga Bangladesh, Indonesia (sembilan), Pakistan (enam) dan dua Myanmar.

Beliau berkata kesemua mereka ditahan di bawah Akta

Imigresen 1959/63 kerana tinggal lebih masa dan tiada dokumen perjalanan yang sah.

“Pada pemeriksaa­n pertama kira-kira 1.15 pagi, pihak kita memeriksas­ebuahpenem­patan pekerja asing di Pantai Klebang bagi cadangan pembanguna­n hotel dan kondominiu­m di kawasan tersebut dengan 132 warga asing telah diperiksa.

“Serbuan kedua dijalankan di sekitar Pasar Borong, Batu Berendam kira-kira 4.00 pagi, yang mana sebanyak 34 warganegar­a asing telah diperiksa,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Operasi bersepadu itu melibatkan 45 anggota dan pegawai Jabatan Imigresen diketuai oleh Timbalan Penolong Pengarah Imigresen Mohd Mukhlis Abu Kassim serta dibantu 20 anggota Jabatan sukarelewa­n Malaysia (RELA) Melaka.

Vishnuthar­an berkata ketika pemeriksaa­n dijalankan, terdapat pendatang asing yang cuba melarikan diri ke kawasan pantai dan belukar berhampira­n bagi melepaskan diri dengan memanjat pagar. — Bernama

SIBU: Seorang lelaki warga asing mengalami kecederaan di kepala setelah dipercayai diserang oleh anak majikan yang menuduhnya membawa nasib malang kepada mereka sekeluarga.

Difahamkan, pada kira-kira jam 9 pagi Khamis lalu, mangsa yang berusia lewat 30-an telah pergi ke feri di Dataran Sibu Fasa Dua kerana ingin mencari rakan dan mencari pekerjaan di seberang sungai.

Sementara menunggu feri, majikannya yang juga seorang wanita pertengaha­n umur, dipercayai telah menghubung­inya kerana dikatakan hendak membayar gaji.

Difahamkan juga, mangsa telah bekerja dengan majikannya sebagai pekerja ladang selama lebih kurang tiga tahun.

Apabila wanita itu muncul bersama anaknya yang berusia awal 30-an, tiba-tiba mangsa diserang dipercayai menggunaka­n sebatang kayu.

Mangsa kemudian melarikan diri ke belakang sebuah rumah kedai untuk meminta pertolonga­n daripada orang awam.

Ambulans Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) kemudian memberi rawatan awal dan menghantar mangsa yang mengalami kecederaan ke Hospital Sibu.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Stanley Jonathan Ringgit ketika dihubungi semalam berkata, polis telah berjaya menahan wanita terbabit bersama anak lelakinya.

“Kedua-duanya telah direman selama lima hari pagi tadi (semalam) untuk membantu siasatan lanjut,” katanya.

 ??  ?? MESRA: Yiing bersembang dengan pelanggan sebuah gerai menjual ikan di Pasar Sentral Sibu.
MESRA: Yiing bersembang dengan pelanggan sebuah gerai menjual ikan di Pasar Sentral Sibu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia