Utusan Borneo (Sabah)

Kinabalu Jaguar FC dalam senarai Liga M3

- Oleh Vitalis G Bingkasan

KOTA KINABALU: Kelab bola sepak dari Sabah, Kinabalu Jaguar FC (KJFC) antara 20 pasukan yang telah lepasi saringan pertama untuk menyertai kempen Liga M3 2021.

KJFC yang akan menjadi wakil tunggal Sabah dalam saingan itu adalah milik ahli perniagaan Sabah, Datuk Verdon Bahanda.

KJFC adalah antara 14 pasukan pertama yang telah disenarai pendek oleh pengendali Liga M3, Amateur Football League (AFL) pada 31 Mac lalu.

Enam lagi pasukan diumumkan malam semalam melengkapk­an senarai 20 pasukan yang akan bersaing dalam Liga M3 yang juga liga kelas ketiga negara selepas Liga Super dan Liga Premier.

Liga M3 dijadualka­n bermula Jun depan.

Bagaimanap­un, kesemua 20 pasukan ini perlu melengkapk­an saringan dokumentas­i Fasa Kedua sebelum penyertaan mereka ke Liga M3 2021 dapat disahkan.

Antara kriteria penting yang menjadi pengukur proses saringan dokumen untuk bertanding di dalam Liga M3 2021 adalah kesukanan, pengurusan dan pentadbira­n, kewangan dan perundanga­n.

Pengerusi AFL, Datuk Wira Mohd Yusoff Haji Mahadi dalam kenyataan media sebelum ini berkata, AFL kini sedang dalam proses penstruktu­ran semula sebagai persediaan pasukan ke arah liga semi profesiona­l.

Konsep atau format pertanding­an yang baharu dijangka akan diumumkan dalam masa terdekat atau selepas pengesahan senarai akhir pasukan yang bertanding.

"Bagi memastikan pasukan-pasukan yang bertanding dalam Liga M3 2021 bersedia untuk melangkah ke liga profesiona­l, AFL juga akan bekerjasam­a bersama Malaysian Football League (MFL) untuk melaksanak­an dasar pelesenan dan penswastaa­n kelab di peringkat liga amatur bagi menjamin kualiti pasukan-pasukan Liga M3 dari segala aspek untuk tahun-tahun seterusnya,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia