Utusan Borneo (Sabah)

Dua PTI ditahan cuba seludup masuk secara haram

- Oleh Hamzah Sanudin

KALABAKAN: Dua pendatang tanpa izin (PTI) cuba menyusup masuk ke daerah ini berjaya ditahan anggota Briged Kelima Infantri Malaysia (5 Briged) di sempadan negara, di sini pada Jumaat.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, pasukan Rejimen Askar Melayu Diraja (7 RAMD) yang menjalanka­n Ops Benteng di kawasan Serudong, di sini mengesan pergerakan suspek dalam keadaan mencurigak­an.

Dalam kenyataan media rasminya, beliau berkata suspek dilihat cuba memasuki persempada­nan negara menggunaka­n laluan yang tidak sah dari arah negara jiran.

“Semasa serbuan dilakukan, seorang daripada suspek terbabit berjaya ditahan dan disoal siasat manakala seorang lagi bertindak melarikan diri ke arah negara jiran.

“Bagaimanap­un, suspek yang melarikan diri berjaya ditangkap kira-kira jam 9 malam semasa pasukan keselamata­n menunggu bantuan kenderaan,” katanya.

Beliau berkata, hasil siasatan berdasarka­n rekod dokumen pasport mereka, suspek terbabit berumur 35 hingga 46 tahun dan telah memasuki negara ini kali kedua.

“Berdasarka­n siasatan lanjut, mendapati kedua-dua suspek pernah ditahan dan dideportas­i dari Malaysia pada 12 April baru-baru ini.

“Suspek menyatakan tujuan mereka memasuki Malaysia kerana mahu bekerja di kawasan perladanga­n sekitar daerah ini,” katanya.

Menurutnya, pasukan keselamata­n tidak menemui barang terlarang bersama mereka dan kedua-dua suspek dibawa ke Balai Polis Kalabakan untuk tindakan selanjutny­a.

“Pasukan kami akan meneruskan atur gerak untuk mengesan dan menjejak sebarang pergerakan mencurigak­an di kawasan sempadan bagi mengekang kemasukan PTI ke dalam negara Malaysia,” katanya.

 ??  ?? TANGKAPAN: Kedua-dua suspek yang ditahan dibawa ke Balai Polis Kalabakan untuk tindakan lanjut.
TANGKAPAN: Kedua-dua suspek yang ditahan dibawa ke Balai Polis Kalabakan untuk tindakan lanjut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia