Utusan Borneo (Sabah)

Pelajar sekolah terpencil antara penerima sumbangan Back To School 2021 Yayasan Petronas Sabah

-

NABAWAN: Seramai 120 pelajar di daerah Pensiangan, termasuk mereka yang bersekolah di kawasan terpencil di Sabah, menerima barangan keperluan persekolah­an dan kit kesihatan sumbangan Yayasan Petronas di bawah program Back To School 2021 (BTS 2021).

Pelajar berkenaan adalah dari Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Bahagia

Nabawan, SK Salarom, SK Pekan Nabawan, SK Tetagas, SK Sibangali dan SK Salilaran yang terletak di pedalaman Sabah.

Setiap pelajar menerima dua unit pelitup muka tiga lapisan yang boleh diguna semula, tuala kecil, sekotak sabun kertas, beg sekolah, botol air, buku nota aktiviti, bekas alat tulis dan dua set pakaian seragam sekolah dengan sepasang stoking dan kasut.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Arthur Joseph Kurup menyampaik­an sumbangan itu secara rasmi kepada wakil-wakil sekolah berkenaan di Pejabat Pendidikan Daerah Nabawan, pada Jumaat.

Turut hadir Ketua Operasi, Petronas Sabah dan Labuan,

Jasper Diego.

Arthur, yang juga Ahli Parlimen Pensiangan, menyatakan penghargaa­n kepada Yayasan Petronas atas sumbangan itu dan berkata, ia akan membantu meringanka­n beban keluarga pelajar yang kurang berkemampu­an di daerah itu.

Pada keseluruha­nnya seramai 3,750 pelajar sekolah rendah dari 132 sekolah di Sabah dan 200 pelajar dari 17 sekolah di Labuan telah menerima sumbangan BTS 2021.

Tahun ini, seramai 21,000 pelajar daripada keluarga yang kurang berkemampu­an mendapat bantuan di bawah program BTS 2021 di Sabah, Labuan, Johor, Kelantan, Kuala Lumpur, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Penang, Perak, Perlis, Sarawak, Selangor dan Terengganu.

 ??  ?? SAMPAIKAN: Arthur menyampaik­an sumbangan Back To School 2021 Yayasan Petronas Sabah kepada wakil pelajar.
SAMPAIKAN: Arthur menyampaik­an sumbangan Back To School 2021 Yayasan Petronas Sabah kepada wakil pelajar.
 ??  ?? UCAPAN: Arthur menyampaik­an ucapan sempena majlis itu.
UCAPAN: Arthur menyampaik­an ucapan sempena majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia