Utusan Borneo (Sabah)

Penduduk mohon baiki jalan rosak dekat Bandar Baharu Limbang

-

LIMBANG: Jalan raya yang rosak, berlubang dan akan menakung air apabila hujan boleh mengundang kemalangan kepada pengguna jalan raya di kawasan berhampira­n Bandar Baharu Limbang di sini.

Itulah situasi dan risiko yang dihadapi pengguna jalan raya ketika ini termasuk kemungkina­n terlibat kemalangan jika terlanggar jalan rosak dan lubang yang wujud di jalan raya terbabit.

Lebih menyedihka­n, kerosakan jalan itu sudah berlaku lebih sebulan lalu dan sehingga kini belum lagi diperbaiki pihak berwajib.

Tinjauan Utusan Borneo yang melalui jalan itu mendapati kerosakan jalan tersebut agak serius kerana mengganggu lalu lintas memandangk­an ia adalah laluan pintas untuk ke Taman Perumahan Batu Biah, Masjid Jannatul Firdaus Bahagian Limbang dan kawasan berhampira­n.

Lebih membahayak­an apabila lubang itu menakung air dan membahayak­an pengguna terutama ketika hujan.

Seorang pengguna jalan yang hanya dikenali sebagai

Lim, 47, berkata kerosakan jalan tersebut perlu diperbaiki segera sebelum kejadian tidak diingini berlaku.

“Setiap hari melintas jalan ini, kita akan berhatihat­i takut terlanggar lubang terbabit.

“Saya kira jalan ini rosak sudah lama, kenapa belum diperbaiki lagi memandangk­an ini juga jalan utama untuk pengguna jalan yang ingin menggunaka­n jalan pintas ke bandar, Lapangan Terbang Limbang mahupun ke hospital dan Taman Perumahan Batu Biah,” katanya kepada media semalam.

Justeru, beliau berharap pihak berwajib dapat membaiki jalan rosak itu bagi mengelak perkara tidak diingini berlaku.

 ??  ?? PERLU DIBAIKI: Keadaan jalan tersebut yang mengundang risiko kemalangan kepada pengguna.
PERLU DIBAIKI: Keadaan jalan tersebut yang mengundang risiko kemalangan kepada pengguna.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia