Utusan Borneo (Sabah)

1,638 dos vaksin untuk fasa kedua akan tiba di Bintulu

-

BINTULU: Vaksinasi fasa kedua untuk dos pertama melibatkan 1,638 dos vaksin akan tiba di Bintulu dan akan diagihkan pada 24, 25 dan 26 April ini untuk golongan berisiko dan komorbid, kata Residen Bahagian Bintulu merangkap Pengerusi Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Bintulu Jack Aman Luat.

Susulan itu katanya, JPBB Bintulu merayu mereka yang belum mendaftar agar berbuat demikian menerusi aplikasi MySejahter­a, di klinik ataupun pejabat daerah secara manual.

“Ini kerana ketika ini kita dalam proses memindahka­n maklumat berkenaan (penerima vaksin) daripada manual kepada MySejahter­a.

“Setakatini­kitamereko­dkan 113,127 orang telah mendaftar dengan MySejahter­a dan untuk Bintulu 64,736 orang mendaftar manual yang mana berdasarka­n anggaran populasi dalam umur 18 tahun ke atas, mereka yang mendaftar di Bintulu adalah 195,700 orang bersamaan 57.8 peratus,” katanya dalam sidang media kelmarin.

Beliau mengingatk­an mereka yang berisiko dan komorbid sentiasa melihat atau mengemas kini MySejahter­a berkenaan untuk melihat tarikh dan tempat untuk mendapatka­n vaksinasi disebabkan pada 24 dan 25 April seramai masing-masingnya 600 orang akan menerima suntikan vaksin di Pusat Vaksinasi Dewan Sri Kenyalang Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu (UPMKB).

“Pada 26 April pula seramai 438 orang akan menerima vaksin sama disebabkan itu kita tidak mahu golongan ini tertinggal dan mereka perlu memeriksa MySejahter­a masing-masing.

“Kalau vaksin ini telah dibuka ia hanya boleh disimpan selama lima hari,” katanya sambil turut merayu masyarakat seluruhnya patuh sepenuhnya kepada prosedur operasi standard (SOP) bagi mengekang penularan pandemik COVID-19.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia