Utusan Borneo (Sabah)

Empat SJR ditambah di kawasan bandar Bintulu

-

BINTULU: Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Bintulu menambah empat sekatan jalan raya (SJR) di kawasan bandar Bintulu bermula tengah malam 17 April sehingga 27 April ini.

Penambahan SJR di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) Prosedur Operasi Standard (SOP) Diperketat­kan itu adalah bagi mengehad pergerakan orang ramai ke kawasan bandar serta memutuskan rantaian pandemik COVID-19.

Ketua Polis Daerah Bintulu Superinten­den Zulkipli Suhaili berkata, seperti mana semasa PKP pada tahun lepas untuk mengekang pergerakan orang ramai, empat SJR yang ditambah itu adalah di lokasi Jalan Sebiew, Jalan Tun Hussein Onn, Jalan Persimpang­an Stadium Muhibbah dan Jalan Tanjung Batu.

Beliau berkata, tujuannya juga adalah untuk mengurangk­an kehadiran orang ramai di bandar dengan harapan masyarakat tidak ke bandar sekiranya tiada urusan penting.

“Kalau kita lihat aktiviti ekonomi bermula jam 6 pagi hingga 8 malam melainkan farmasi dari jam 6 pagi hingga 10 malam, itu sebab kita memantau bukan sahaja SJR bahkan pasukan pemantau akan melihat sama ada perlu atau tidak rakyat turun ke bandar pada masa yang ditetapkan,” tegasnya dalam sidang media petang kelmarin.

Katanya, mengehadka­n pergerakan agar tidak perlu ke kawasan bandar adalah hasil analisis yang mendapati kebanyakan jangkitan kes (COVID-19) yang berlaku adalah di kawasan bandar.

“Seperti mana telah dimaklum residen, kita akan tetapkan pergerakan orang ramai dari kediaman masing-masing dalam radius 10 kilometer melainkan atas sebab kecemasan untuk mendapat rawatan di hospital, ia ada pengecuali­an dan kita akan lihat keadaannya,” katanya.

Berkenaan pembukaan sekolah pada masa ini dan pergerakan pada waktu puncak katanya, ibu bapa dibenarkan untuk menghantar dan mengambil anak-anak mereka di sekolah dan pergerakan aktiviti atau perkhidmat­an penting juga adalah dibenarkan.

“Aktiviti yang tidak dibenarkan contohnya adalah membeli-belah dan sebagainya. Sekiranya ada premis menjual keperluan membeli barang misalnya di Kidurong, maka tidak perlu untuk penduduk di kawasan ini untuk ke bandar.

“Peraturan untuk menetapkan dua orang dalam sebuah kenderaan juga akan kita kuat kuasakan dalam pelaksanaa­n SJR ini,” tegasnya.

Selain itu katanya, pasukan pemantau telah dipertingk­atkan akan mengadakan pemantauan di kawasan bandar bagi melihat situasi pematuhan bagi premis restoran atau kedai makan yang ditetapkan tidak membenarka­n makan dalam premis dan sekiranya berlaku pelanggara­n undang-undang maka tindakan akan diambil.

 ??  ?? ZULKIPLI
ZULKIPLI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia