Utusan Borneo (Sabah)

Kerajaan PN harus segera laksana vaksinasi di Sarawak: Zulhaidah

-

KUCHING: Dengan lonjakan angka kes COVID-19 di Sarawak yang amat membimbang­kan, kerajaan Perikatan Nasional (PN) harus segera melaksanak­an pemberian vaksin di negeri ini.

Timbalan Ketua Wanita Keadilan Sarawak Zulhaidah Suboh berkata, ia bagi memastikan keadaan terkawal terutama penduduk di luar bandar yang kini turut terjejas.

“Kluster demi kluster dilaporkan, kes pandemik COVID-19 semakin naik tetapi sesi persekolah­an secara bersemuka tetap dijalankan. Ini adalah antara punca penularan rantaian wabak berjangkit semakin meluas dan aktif disebarkan.

“Kerajaan harus mengambil langkah teliti dan wajib mempertimb­angkan semula sesi persekolah­an secara bersemuka.

“Tidak perlu mengambil risiko dalam situasi kini yang berkemungk­inan meruncingk­an, terutamany­a penduduk luar bandar Sarawak yang masih tercicir daripada kemudahan asas seperti air iaitu keutamaan dalam menjaga kebersihan untuk kegunaan harian,” katanya menerusi kenyataan, semalam.

Zulhaidah berkata, kerajaan wajar mengambil kira situasi semasa penularan pandemik COVID-19 di Sarawak dan mempertimb­angkan semula sesi persekolah­an bersemuka.

Beliau berkata, ia bagi meredakan keresahan dan kegusaran ibu bapa buat sementara waktu dan melaksanak­an semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) memandangk­an kes COVID19 di Sarawak mencecah tiga angka dengan mendadak demi keselamata­n, kesihatan dan kebaikan semua pihak.

Katanya yang juga Ketua Wanita Keadilan Sibuti, pada Jumaat, status terkini COVID-19 di Sarawak telah mencatatka­n 960 kes baharu positif, yang amat membimbang­kan.

Malahan katanya, dengan kes sejak akhir-akhir ini di beberapa daerah sehingga ke kawasan luar bandar, ia merupakan petanda gelombang keempat pandemik COVID-19 yang bakal dihadapi oleh rakyat Sarawak.

 ??  ?? ZULHAIDAH
ZULHAIDAH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia