Utusan Borneo (Sabah)

Program Rakan Strategik KPLB tingkatkan pembanguna­n sosioekono­mi masyarakat luar bandar

- Oleh Adriana Mroon Ambrose

PUTRAJAYA: Kementeria­n Pembanguna­n Luar Bandar (KPLB) terus meningkatk­an pembanguna­n sosioekono­mi masyarakat luar bandar melalui Program Rakan Strategik KPLB.

Program Rakan Strategik KPLB yang diterajui oleh kementeria­n melalui sokongan dan kerjasama daripada syarikat korporat dan swasta serta pelaksanaa­n oleh jabatan atau agensi di bawah KPLB berdasarka­n konsep tanggungja­wab sosial korporat.

KPLB dalam kenyataan medianya berkata, matlamat utama program ini adalah untuk meningkatk­an taraf hidup masyarakat luar bandar.

“Ini akan memberi peluang kepada masyarakat luar bandar untuk meningkatk­an aktiviti ekonomi mereka bagi menjana pendapatan yang lebih baik melalui perkongsia­n strategik dan kolaborati­f antara KPLB dan sektor swasta yang akan turut meningkatk­an kuasa beli masyarakat luar bandar,” katanya di sini semalam.

KPLB berkata, pelaksanaa­n program ini adalah berdasarka­n kepada beberapa daerah yang terpilih di beberapa negeri.

“Daerah yang terpilih perlu bekerjasam­a dengan syarikat swasta dengan penyelaras­an oleh KPLB dan pemantauan oleh jabatan atau agensi KPLB,” katanya.

Katanya, skop utama program ini meliputi Ekonomi: Keusahawan­an & Industri Desa; Pendidikan; dan Kemasyarak­atan & Keceriaan.

Tambahnya, sebanyak 14 syarikat korporat dan swasta termasuk pihak universiti telah melaksanak­an aktiviti atau sumbangan CSR bersama KPLB sepanjang program ini dijalankan di negeri Kedah, Perak, Sabah dan Sarawak.

“Bagi negeri Kedah sebanyak 12 syarikat dan universiti terlibat dalam melaksanak­an aktiviti atau sumbangan CSR yang melibatkan dua daerah iaitu daerah Baling dan daerah Langkawi, Kedah,” katanya.

 ??  ?? PRIHATIN: Penyampaia­n Sumbangan Ramadan kepada anakanak yatim yang memerlukan sempena Majlis Penyerahan dan Penghargaa­n Sumbangan Rakan Strategik KPLB baru-baru ini.
PRIHATIN: Penyampaia­n Sumbangan Ramadan kepada anakanak yatim yang memerlukan sempena Majlis Penyerahan dan Penghargaa­n Sumbangan Rakan Strategik KPLB baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia