Utusan Borneo (Sabah)

Netizen tentukan jalan cerita ‘Mis Tres Hermanas’ Malaysia

Taruhan berani Astro Prima perkenal format interaktif ‘open-ended’ bakal buka dimensi baharu

-

DRAMA bersiri ‘Hati Yang Dikhianati’ terbitan Astro Prima dan syarikat produksi Global Station Sdn. Bhd. merupakan sebuah lagi naskhah adaptasi melayu daripada telenovela popular Venezuela, ‘My Three Sisters’ atau lebih dikenali dengan judul asal dalam bahasa Sepanyol iaitu ‘Mis Tres Hermanas’. Kisah melodrama yang diterajui oleh Ricardo Alamo, Scarlet Ortiz dan Roberto Moll pernah mencetuska­n fenomena luar biasa ketika siri tersebut ditayangka­n di Malaysia buat pertama kali sekitar tahun 2002. Karya ‘Mis Tres Hermanas’ versi Malaysia diarahkan oleh sutradara Riza Baharuddin serta turut menampilka­n barisan penulis skrip yang diketuai oleh Eenaz Mokhtar. Antara barisan pelakon yang membintang­i drama ini termasukla­h Isyariana, Amar Baharin, Mona Allen, Zamarul Hisham, Syamim Farid, Afifah Nasir, Ary Nalieya, Shah Iskandar, Mia Nasir, Fazlina Ahmad Daud, Sahronizam serta ramai lagi. Pelakon berbakat kelahiran program realiti Akademi Fantasia, Isyariana yang memegang watak utama sebagai Lisa turut berpadu suara dengan penyanyi baharu Dean Eiman bagi menjayakan lagu runut bunyi untuk drama ‘Hati Yang Dikhianati’. Lagu yang sama dalam versi asal berjudul ‘Purest of Pain’ atau dalam Bahasa Sepanyol ‘A Puro Dolor’ telah dinyanyika­n oleh Son By Four. Tampil dengan format berbeza berbanding sebarang karya adaptasi yang pernah diterbitka­n sebelum ini di platform Astro, buat julung kalinya struktur naratif penceritaa­n dan pembinaan watak naskhah ini bakal ditentukan berdasarka­n konsep model interaktif terbuka atau ‘open-ended’ yang dipengaruh­i oleh maklum balas audiens dan rekod jumlah tontonan dari semasa ke semasa. Jumlah keseluruha­n episod untuk drama adaptasi ini juga turut bergantung kepada penerimaan penonton. Audiens boleh mula menghantar­kan sebarang idea, cadangan atau maklum balas untuk ‘Hati Yang Dikhianati’ selepas dua minggu drama ini mula ditayangka­n iaitu pada 23 April di platform rasmi Gempak. Drama ‘Hati Yang Dikhianati’ kini bersiaran menerusi slot Tiara secara eksklusif setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 6.00 petang mulai 12 April di saluran Astro Prima (105) serta turut boleh distrim menerusi aplikasi Astro GO dan on demand untuk pilihan yang lebih fleksibel. Perubahan naratif penceritaa­n dan plot twist serta pembinaan watak berdasarka­n maklum balas audiens dan jumlah tontonan semasa akan mula disuntik pada episod 40 dan seterusnya. Pengurus Saluran Astro Prima, Norzeha Mohd Salleh dalam satu kenyataan media berkata, “Seperti yang umum ketahui, trend pembikinan drama dan kecenderun­gan audiens sering berubah mengikut peredaran masa. Oleh itu, Astro selaku pembekal kandungan utama di Malaysia memainkan peranan besar untuk menyumbang kepada perkembang­an karya kreatif tanah air. “Sebelum ini, kami merupakan antara perintis awal yang mengangkat format adaptasi naskhah novel popular dan karya antarabang­sa ke versi drama Melayu. Walaupun mengundang perdebatan yang hangat di kalangan peminat dan pembikin drama pada awal format tersebut diperkenal­kan, namun ternyata keberkesan­annya sudahpun terbukti menerusi puluhan drama yang telah kami terbitkan sebelum ini. “Terbaharu, kami ingin mengorak langkah terus ke hadapan untuk melakar sejarah baharu dengan memperkena­lkan format interaktif ‘open-ended’ menerusi drama adaptasi ‘Hati Yang Dikhianati’. Menerusi format ini, kami memberikan kuasa kepada netizen untuk menentukan plot twist dan kesudahan yang mereka mahukan untuk drama ini. Sesebuah watak boleh berkembang atau dimatikan mengikut kecenderun­gan audiens. Begitu juga dengan jalan penceritaa­n secara keseluruha­n. “Panel perunding khas yang berpengala­man telah dilantik untuk membuat penilaian semasa berdasarka­n rekod jumlah tontonan serta maklum balas yang diterima daripada audiens. Kami juga tidak menetapkan sebarang episod khusus untuk drama ini kerana ia juga turut bergantung kepada data dan maklumat yang akan diproses oleh panel perunding kelak. “Format sebegini mungkin agak baru untuk masyarakat Malaysia. Namun, ia sebenarnya sudah popular dan sering diguna pakai oleh ramai ‘content creator’ di luar negara. Antara naskhah terkenal antarabang­sa yang memberi inspirasi kepada kami untuk berkarya termasukla­h ‘Hollyoaks’ dan ‘Eastenders’ terbitan BBC serta ‘General Hospital’ terbitan ABC. Ketigatiga naskhah tersebut sudahpun mempunyai ribuan episod dan masih lagi ditayangka­n sehingga kini. Mengikut rekod juga, ramai bintang-bintang telah dilahirkan menerusi penerbitan naskhah ini. “Kemunculan media baharu telah mengubah cara audiens menikmati sesebuah kandungan pada era digital ini. Mereka juga lebih ekspresif dan mempunyai idea tersendiri yang ingin kami raikan bersama. Walaupun ini merupakan sebuah taruhan yang berani, namun kami yakin format ini akan disambut baik oleh penggemar drama Melayu yang mahukan kelainan. “Semoga drama ‘Hati Yang Dikhianati’ diterima baik dan bakal mengulangi fenomena naskhah ‘Mis Tres Hermanas’ yang asal,” kata Norzeha. Penggambar­an drama ‘Hati Yang Dikhianati’ masih berjalan dan sehingga kini sudahpun mengambil masa lebih kurang 90 hari. Antara lokasi penggambar­an yang terlibat termasukla­h di sekitar Lembah Klang, Melaka dan Perlis.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia