Utusan Borneo (Sabah)

Bekas guru Matematik kesal terperangk­ap dadah

Puas hati setelah ditangkap pihak berkuasa dan bersyukur kini berada di Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik

-

BESUT: “Saya hendak kongsi pengalaman.. saya merupakan guru yang pernah buat salah, kalau boleh kembali ke masa lalu, saya akan ulang plot cerita ini dan jangan sentuh dadah biarpun untuk mencuba buat kali pertama,” kata Rahman, 50, (bukan nama sebenar) bekas guru Matematik yang pernah terjebak dengan gejala dadah.

Katanya, beliau yang mengambil dadah sejak berumur 25 tahun lagi, berasa puas hati apabila ditangkap pihak berkuasa dan bersyukur kini berada di Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) di sini, kerana menurutnya sehingga kini sudah lima bulan beliau tidak menyentuh bahan terlarang itu.

“Tangkapan itu benarbenar membahagia­kan saya,” katanya yang bakal dibebaskan pada 2022.

Rahman yang ditahan buat pertama kali di PUSPEN pada November tahun lepas, dilihat benar-benar menyesali perbuatann­ya itu, dan mengalirka­n air mata ketika bercakap Bernama baru-baru ini, sehingga sesi temu bual terpaksa dihentikan beberapa

Saya bukan tidak gembira dengan keluarga tetapi saya sendiri yang cuba mencari keseronoka­n di luar, sehingga salah pilih kawan dan inilah apa yang saya dapat sekarang. Dadah telah mempengaru­hi jiwa hingga tidak hirau tangisan ibu dan rayuan ahli keluarga. Rahman Bekas guru Matematik

kali.

Jelasnya, sebelum dihantar ke PUSPEN, beliau hanya diberi amaran oleh pihak Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), namun beliau gagal mendaftark­an diri setiap bulan, sehingga akhirnya ditangkap.

Antara dadah yang menjadi ‘kegilaanny­a’ sebelum ini ialah Methamphet­amine, Erimin 5 dan pil kuda, yang kesemuanya bagaikan keperluan, hingga dia tidak terfikir untuk membina rumah tangga dan menjaga keluarga.

“Kelakuan dan tindakan saya ketika itu tidak mencermink­an seorang penagih. Cuma wang gaji akan cepat habis kerana dadah menjadi barang keperluan. Setiap bulan akan habiskan duit beribu. Jika saya toleh balik masa silam saya, apa yang saya pilih inilah yang saya dapat,” kata beliau yang dibuang kerja pada 2019 kerana gagal hadir ke sekolah dalam tempoh beberapa bulan, ekoran tidak puas hati kerana ditukarkan ke sekolah lain.

Rahman yang merupakan anak sulung daripada lapan adik-beradik mengakui bahawa penglibata­nnya dengan najis dadah bukanlah berpunca daripada masalah keluarga ataupun kurang kasih sayang tetapi beliau sendiri yang tersilap memilih kawan.

“Saya bukan tidak gembira dengan keluarga tetapi saya sendiri yang cuba mencari keseronoka­n di luar, sehingga salah pilih kawan dan inilah apa yang saya dapat sekarang. Dadah telah mempengaru­hi jiwa hingga tidak hirau tangisan ibu dan rayuan ahli keluarga,” katanya.

Katanya, PUSPEN mempunyai pelbagai program pemulihan yang sangat berkesan.

“Kita ada program macam mana untuk sentiasa sibuk, kita buang ingatan terhadap dadah. Di sini juga ada perpustaka­an dan saya letakkan matlamat membaca dua buku sehari. Saya juga telah nyatakan kepada pihak PUSPEN...kalau ada program, saya nak sertai selepas ni (dibebaskan),” tambahnya.

 ?? — Gambar Bernama ?? DISIPLIN: Rahman turut menyertai aktivti kawad kaki ketika tinjauan di PUSPEN, Kampung Raja di Besut baru-baru ini.
— Gambar Bernama DISIPLIN: Rahman turut menyertai aktivti kawad kaki ketika tinjauan di PUSPEN, Kampung Raja di Besut baru-baru ini.
 ?? — Gambar Bernama ?? NASI SUDAH MENJADI BUBUR: Rahman ditahan buat pertama kali di PUSPEN pada November tahun lepas, dilihat bagai benar-benar menyesali perbuatann­ya itu.
— Gambar Bernama NASI SUDAH MENJADI BUBUR: Rahman ditahan buat pertama kali di PUSPEN pada November tahun lepas, dilihat bagai benar-benar menyesali perbuatann­ya itu.
 ?? — Gambar Bernama ?? TIMBUL KEINSAFAN: Rahman menyesali tindakanny­a mengambil dadah dan kini ditempatka­n di PUSPEN, Kampung Raja di Besut.
— Gambar Bernama TIMBUL KEINSAFAN: Rahman menyesali tindakanny­a mengambil dadah dan kini ditempatka­n di PUSPEN, Kampung Raja di Besut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia