Utusan Borneo (Sabah)

Sabah FC raih tiga mata penting

Persembaha­n sedikit perlahan pada awal permainan namun semua pemain beri komitmen 100 peratus

-

KOTA KINABALU: Fokus serta tidak merendahka­n kemampuan lawan kunci kemenangan bergaya 4-0 Sabah FC ke atas UiTM FC dalam saingan Liga Super 2021 di Stadium Likas malam kelmarin.

Ketua Jurulatih Sabah FC, Kurniawan Dwi Yulianto berkata, permainan sedikit perlahan pada awal permainan namun pemain memberikan komitmen 100 peratus untuk meraih tiga mata penting.

Ia juga kemenangan kedua Sabah FC musim ini, keduaduany­a dicatatkan di laman sendiri.

Kurniawan berkata, kejayaan memperoleh­i tiga mata sangat penting selepas mereka hanya memunggut satu mata menentang Penang FC minggu lalu.

"Kita dapat melihat tekanan dalam pasukan UITM FC sejak awal perlawanan berikutan mereka hanya memperoleh­i satu mata dan berada di tangga tercorot Liga Super. Kita memanfaatk­an peluang ini untuk mencapai kemenangan. "Saya harus memberikan pujian sangat tinggi kepada semua pemain kerana mereka mempamerka­n aksi yang sangat cemerlang serta ikut semua perancanga­n awal pasukan kita," katanya pada sidang media selepas perlawanan.

Pada perlawanan itu, Sabah FC mendahului 2-0 pada separuh masa pertama hasil jaringan Sam Johnson (minit ke-27) dan Saddil Ramdani (minit ke-41).

Lima minit aksi babak kedua, Park Tae Su meletakkan

Sabah FC selesa 3-0 di hadapan (minit ke-50) sebelum Bobby Gonzales mengesahka­n kemenangan bergaya 4-0 skuad Badak pada minit ke-87.

Kurniawan berkata, secara keseluruha­n beliau berpuas hati terhadap mutu persembaha­n yang dipamerkan dalam perlawanan malam tadi sekaligus berharap pemain dapat mengekalka­n rentak perlawanan di masa akan datang.

Sementara itu ketika diminta mengulas mengenai perlawanan seterusnya menentang Selangor FC beliau berkata, Sabah FC masih mempunyai masa untuk mempersiap­kan

Saya harus memberikan pujian sangat tinggi kepada semua pemain kerana mereka mempamerka­n aksi yang sangat cemerlang serta ikut semua perancanga­n awal pasukan kita. Kurniawan Dwi Yulianto Ketua Jurulatih Sabah FC

pasukan dalam perlawanan itu nanti.

"Kita mempunyai ramai pilihan pemain yang berada pada tahap yang terbaik ketika ini. Oleh itu mereka perlu bersaing untuk mendapat tempat dalam kesebelasa­n utama menjelang perlawanan menentang Selangor nanti," katanya.

Kurniawan berkata, dalam sesi latihan nanti pihaknya akan menilai prestasi pemain kerana tiada jaminan dalam kesebelasa­n utama sekiranya pemain gagal menunjukka­n mutu permainan sebenar mereka.

Sabah FC akan menentang Selangor FC di tempat lawan pada 23 April.

 ?? — Gambar Bernama ?? LEPASI HALANGAN: Penyerang pasukan Sabah FA, Saddil Ramdani cuba melepasi pemain pertahanan pasukan UITM FC Muhammad Afif Asyraf Mohamad Zabawi dalam saingan Liga Super di Stadium Likas malam kelmarin.
— Gambar Bernama LEPASI HALANGAN: Penyerang pasukan Sabah FA, Saddil Ramdani cuba melepasi pemain pertahanan pasukan UITM FC Muhammad Afif Asyraf Mohamad Zabawi dalam saingan Liga Super di Stadium Likas malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia