Utusan Borneo (Sabah)

‘Vaksin tingkatkan imunisasi badan’

Risiko jangkitan virus COVID-19 masih ada selepas divaksin, kata Shahelmey

- Oleh Siti Aisyah Narudin

KOTA KINABALU: Risiko mendapat jangkitan virus COVID-19 masih ada dalam kalangan masyarakat biarpun seseorang itu sudah menerima vaksin.

Menteri Pembanguna­n Masyarakat dan Kesejahter­aan Rakyat Shahelmey Yahya berkata, setakat ini enam petugas barisan hadapan dilaporkan positif COVID19 selepas menerima vaksin di Sabah.

Katanya, kes berkenaan disebabkan oleh kontak rapat dan petugas berkenaan kurang dari seminggu menerima vaksin COVID19.

“Apabila diberi vaksin, tidak 100 peratus tidak akan dijangkiti. Tetapi ia akan meningkatk­an imunisasi dalam badan, itulah tujuan vaksin agar penularan jangkitan dapat dibendung.

“Itulah pentingnya biarpun sudah divaksin, kita masih perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang digariskan oleh kerajaan dari semasa ke semasa.

“Ini kerana kita masih belum mencapai 80 peratus imuniti kelompok dalam kalangan rakyat. Jika ini tercapai, risiko penularan COVID-19 dapat dibendung dengan baik,” jelasnya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mewakili Ketua Menteri melancarka­n Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Fasa Dua Peringkat Negeri Sabah di sini semalam.

Dalam pada itu, Shahelmey berkata, selain vaksin jenis Pfizer-BioNtech, turut disediakan vaksin jenis Sinovac dan setakat ini, sekitar 600 penerima kebanyakan dos pertama untuk vaksin Sinovac direkodkan di negeri ini.

Selain itu, beliau turut menyeru agar rakyat di negeri ini segera mendaftar untuk menerima vaksin memandangk­an Sabah masih merekodkan jumlah pendaftara­n vaksin yang rendah.

Menurutnya, fasa kedua Program Imunisasi COVID19 Kebangsaan di Sabah bermula 19 April hingga Ogos depan dengan sasaran seramai 268,000 penerima membabitka­n golongan warga emas, orang kelainan upaya (OKU) dan penghidap penyakit kronik.

Beliau berkata, bagi Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Dewan Serbaguna Kompleks Pentadbira­n Kerajaan Persekutua­n Sabah, setakat pagi semalam, lebih 50 orang yang datang untuk menerima vaksin.

Pihaknya menjangkak­an, seramai 200 orang akan menerima suntikan pada 19 April dan seramai 600 orang lagi dijangka datang menerima vaksin pada 20 dan 21 April ini.

“Kita berharap, selepas fasa pertama yang lengkap dua dos, ia akan menjadi testimoni kepada ahli keluarga dan rakan-rakan yang layak menerima vaksin.

“Begitu juga hari ini, apabila ia bermula, persepsi negatif yang tular di media sosial dapat ditangkis secara perlahan-lahan dengan adanya testimoni daripada mereka yang sudah mendapat vaksin dos pertama mulai hari ini,” katanya.

Pada majlis itu, Shahelmey turut berkesempa­tan bertemu beberapa penerima vaksin dan mendapat pujian atas kelancaran program berkenaan yang dilaksanak­an dengan baik.

Justeru, beliau berharap, keadaan itu dapat diteruskan sepanjang program imunisasi itu berlangsun­g.

 ??  ??
 ??  ?? VAKSIN: Shahelmey (tengah) diiringi Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Panglima Safar Untong (kiri) dan Pengarah Kesihatan Negeri Sabah Datuk Dr. Christina Rundi (dua kanan) melawat kaunter pendaftara­n vaksin pada majlis itu.
VAKSIN: Shahelmey (tengah) diiringi Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Panglima Safar Untong (kiri) dan Pengarah Kesihatan Negeri Sabah Datuk Dr. Christina Rundi (dua kanan) melawat kaunter pendaftara­n vaksin pada majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia