Utusan Borneo (Sabah)

Tiada cadangan PKPD seluruh Tawau

Sebaliknya MPT setakat ini tumpu PKPD di peringkat lokaliti sahaja, kata Arnold

- Oleh Hamzah Sanudin

TAWAU: Jawatankua­sa Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB), di sini belum ada mencadangk­an untuk mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat­kan (PKPD) bagi keseluruha­n kawasan di daerah ini.

Presiden Majlis Perbandara­n Tawau (MPT) merangkap Pengerusi PKOB Tawau Arnold Joibi berkata, setakat ini pihaknya hanya menumpukan PKPD di peringkat lokaliti sahaja.

“Kita mahu pastikan usaha yang dilakukan untuk menguatkua­sakan PKPD di peringkat lokaliti ini betulbetul berjaya dan efektif.

“Perlu difahami PKPD ini dilaksanak­an adalah untuk mengawal pergerakan penduduk di sesuatu kawasan mempunyai jangkitan kes COVID-19 yang ramai,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa menghadiri program vaksinasi fasa kedua di Dewan Masyarakat Tawau, di sini semalam.

Mengulas lanjut, katanya, mesej yang tular berkaitan daerah Tawau akan dikenakan PKPD keseluruha­nnya adalah tidak benar dan masyarakat jangan mudah percaya.

“Terlalu banyak mesej palsu tular di media sosial yang menyebabka­n berlakunya kebimbanga­n dikalangan penduduk sehingga mereka membuat penilaian yang salah terhadap kerajaan.

“Setiap kenyataan yang sahih mengenai status COVID19 akan dikeluarka­n oleh menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah setiap hari dan penduduk jangan mudah percaya dengan mesej yang diterima,” katanya.

Mengulas mengenai bakul makanan, katanya, semua 20 lokaliti yang dikenakan PKPD di daerah ini telah menerima bantuan berkenaan tanpa terkecuali.

“PKOB akan mengagihka­n bakul makanan kepada penduduk terlebih dahulu sebelum kawasan mereka dikenakan PKPD dan isu ketiadaan bantuan adalah tidak sahih,” katanya.

Arnold berkata, pihaknya faham banyak rungutan daripada masyarakat terutamany­a golongan penjaja kerana pelaksanaa­n Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilakukan di daerah ini.

“Memang ramai yang terjejas dan kami faham, namun keadaan itu tidak dapat dielakkan kerana jangkitan kes positif telah meningkat secara mendadak.

“Apa yang penting, semua penduduk perlu bekerjasam­a mematuhi semua prosedur operasi standard (SOP) supaya kes positif dapat dikurangka­n,” katanya.

Mengenai program vaksinasi fasa kedua ini pula, Arnold berkata, program ini melibatkan pemberian vaksin COVID-19 kepada warga emas yang berumur lebih 80 tahun keatas.

“Sebanyak 220 warga emas akan menerima vaksin pada kali ini dan berharap lebih ramai lagi golongan ini yang mendaftar supaya sasaran kerajaan untuk mereka tercapai,” katanya.

 ??  ?? RAMAH MESRA: Arnold (kanan) beramah mesra dengan warga emas yang sudah menerima vaksin di Dewan Masyarakat Tawau.
RAMAH MESRA: Arnold (kanan) beramah mesra dengan warga emas yang sudah menerima vaksin di Dewan Masyarakat Tawau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia