Utusan Borneo (Sabah)

Kaunter daftar vaksin di lokasi strategik

-

LABUAN: Jabatan Penerangan (JaPen) Wilayah Persekutua­n Labuan dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Labuan turun padang bagi membantu masyarakat untuk mendaftark­an diri dalam Program Imunisasi CO-VID-19 Kebangsaan.

Pengarah Jabatan Penerangan Labuan Supian Musa berkata, JaPen yang berada di bawah Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Labuan, membuka kaunter pendaftara­n vaksin COVID-19 di lokasi-lokasi strategik.

“Kami membuka kaunter bagi pendaftara­n pelaksanaa­n pemvaksina­n COVID-19 fasa dua dan tiga, kita dapat kerjasama daripada Jabatan Kesihatan dan Jabatan Penyiaran Labuan untuk menggalakk­an orang ramai menyahut seruan kerajaan untuk mendaftar sebagai penerima vaksin,” katanya di Bazar Ramadan Medan Selera Labuan pada Sabtu lalu.

Supian berkata, Jabatan

Penerangan Labuan juga mengedarka­n bahan-bahan penerbitan Jabatan Penerangan Malaysia kepada para pengunjung dan apron sumbangan Pengerusi Perbadanan Labuan Dato’ Sri Amir Hussien kepada peniaga-peniaga di Bazar Ramadan Medan Selera Labuan.

Edaran apron ini sebagai simbolik kepada keperluan peniaga mematuhi SOP yang dikuatkuas­akan, semoga program ini memberi kesedaran kepada semua pihak untuk membudayak­an norma baharu.

Jelasnya, pendekatan secara bersemuka ini kita gunakan untuk membantu kaedah pendaftara­n yang disediakan kerajaan melalui aplikasi MySejahter­a.

Pengunjung mengucapka­n terima kasih kepada JaPen Labuan kerana kaunter tersebut memudahkan orang ramai terutamany­a bagi warga emas yang kurang arif mendaftark­an diri melalui MySejahter­a.

“Kami berharap usaha murni itu dapat diteruskan di tempat lain seperti di kawasan kampung serta lokasi yang strategik agar lebih ramai yang mendaftark­an diri sebagai penerima vaksin,” kata seorang pengunjung.

Sementara itu, Pengerusi Perbadanan Labuan Dato’ Sri Amir Hussien, turut menyeru semua pihak untuk terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh kerajaan.

“Edaran apron ini adalah untuk mengingatk­an kembali keperluan mematuhi SOP dan ingin meninjau sendiri cara perniagaan yang dijalankan dengan norma baharu.

“Tinjauan kami mendapati para peniaga dan penduduk Labuan mematuhi peraturan yang disediakan dan saya berharap perkara ini akan diteruskan sehingga penghujung Ramadan,” katanya.

 ??  ?? SUMBANGAN: Amir (kiri) dan Supian (kanan) menyerahka­n apron dan pelitup muka kepada salah seorang peniaga Bazar Ramadan Medan Selera Labuan pada Sabtu lalu.
SUMBANGAN: Amir (kiri) dan Supian (kanan) menyerahka­n apron dan pelitup muka kepada salah seorang peniaga Bazar Ramadan Medan Selera Labuan pada Sabtu lalu.
 ??  ?? DAFTAR: Pegawai JaPen Labuan mendaftark­an pengunjung bazar Ramadan sebagai penerima vaksin COVID-19.
DAFTAR: Pegawai JaPen Labuan mendaftark­an pengunjung bazar Ramadan sebagai penerima vaksin COVID-19.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia