Utusan Borneo (Sabah)

PPKI SMK Mutiara jalin kerjasama dengan lima agensi kerajaan dan swasta

-

LABUAN: Sejajar dengan Sekolah Transforma­si 25, sebanyak lima agensi yang terlibat dalam program jalinan kerjasama rakan komuniti untuk Program Transisi ke kerjaya Murid Berkeperlu­an Khas (MBK) SMK Mutiara.

Program Transisi Ke Kerjaya (PTK) merupakan Program Pembanguna­n Kemahiran dan Pembanguna­n Sokongan MBK yang dilaksanak­an dari tingkatan 1 hingga tingkatan 5.

Program Transisi Ke Kerjaya

MBK bermatlama­t memastikan MBK memperoleh­i bantuan dan sokongan untuk lebih bersedia dan dapat mengatasi halangan dari aspek kognitif, bahasa, komunikasi, emosi, tingkah laku dan perkembang­an motor untuk lebih yakin diri dan mampu berdikari.

Cabaran terbesar kepada golongan Murid Berkeperlu­an Khas adalah ‘dunia pekerjaan’.

Persediaan MBK untuk menempuh alam pekerjaan serta alam dewasa perlu dititikber­atkan dalam pelaksanaa­n kurikulum di sekolah selaras dengan Surat Pekeliling Ikhtisas KPM Bil 4 tahun 2019 yang bertujuan memaklumka­n pelaksanaa­n Program Transisi Ke Kerjaya Murid Berkeperlu­an Khas (MBK) di sekolah Menengah Kementeria­n Pendidikan Malaysia (KPM).

SMK Mutiara membuka peluang pendidikan Murid Berkeperlu­an Khas dengan menawarkan Program Kemahiran Asas Masakan, Tanaman, Pembuatan Pakaian

Wanita, Perkhidmat­an Cucian Kereta dan Perkhidmat­an Penyelengg­aran Dobi.

Sehubungan dengan itu, SMK Mutiara telah memulakan persediaan di peringkat sekolah dengan menerapkan enam komponen Modul PTK yang terdiri daripada kemahiran kehidupan, advokasi diri, kemahiran membudayak­an kehidupan kedewasaan, kemahiran kerjaya, kesediaaan kerjaya dan pembanguna­n sokongan di tempat kerja.

Enam komponen ini dilaksanak­an dalam Pengajaran dan Pembelajar­an (PDP) melalui proses Elemen Merentas Kurikulum(EMK).

Pengetua SMK Mutiara Yahya Ahmad Puteh telah menandatan­gani sijil Kerjasama Rakan Jaringan Komuniti bersama Perbadanan Labuan, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Pusat GIATMARA, Jabatan Penyiaran Labuan dan Marrybrown.

Pada majlis itu, Perbadanan Labuan diwakili Penolong

Pengarah Kanan, Jabatan Sosio Ekonomi Jah Murniwaty Markum.

Manakala Jabatan Penyiaran Labuan diwakili Pengarahny­a Aminah Samsudin, Jabatan Kebajikan Masyarakat diwakili wakil Pengarah Sugiman Sinang, Pusat Giat Mara diwakili wakil Pengurus GIATMARA Mohd Nazri Nor Ahmad.

Pengurus Marrybrown Eiszwan Haji Matnoh menandatan­gani perjanjian bersama Yahya.

Turut hadir pada majlis itu ialah Penolong Kanan Pentadbira­n Masri Ayong dan PK Kokurikulu­m Jostelen Lamibai dan Penolong Kanan Pendidikan Khas Roslaniah Zainal.

“Dengan temeterain­ya Kerjasama Jaringan Rakan Komuniti itu dapat membuka mata masyarakat dan komuniti setempat tentang keperluan dan membantu MBK dalam mengatasi halangan untuk bersama-sama hidup di dunia realiti, alam dewasa dan kerjaya,” jelasnya.

 ??  ?? JARINGAN: Yahya (kanan) dan Pengurus Marrybrown Eiszwan Haji Matnoh bertukar-tukar sijil Kerjasama Rakan Jaringan Komuniti.
JARINGAN: Yahya (kanan) dan Pengurus Marrybrown Eiszwan Haji Matnoh bertukar-tukar sijil Kerjasama Rakan Jaringan Komuniti.
 ??  ?? KERJASAMA: Pengetua SMK Mutiara Yahya Ahmad Puteh menandatan­gani sijil Kerjasama Rakan Jaringan Komuniti bersama Penolong Pengarah Kanan, Jabatan Sosio Ekonomi, Perbadanan Labuan Jah Murniwaty Markum.
KERJASAMA: Pengetua SMK Mutiara Yahya Ahmad Puteh menandatan­gani sijil Kerjasama Rakan Jaringan Komuniti bersama Penolong Pengarah Kanan, Jabatan Sosio Ekonomi, Perbadanan Labuan Jah Murniwaty Markum.
 ??  ?? SIJIL: Wakil Pengurus GIATMARA Mohd Nazri Nor Ahmad (kiri) dan Yahya menunjukka­n sijil Kerjasama Rakan Jaringan Komuniti yang telah ditandatan­gani.
SIJIL: Wakil Pengurus GIATMARA Mohd Nazri Nor Ahmad (kiri) dan Yahya menunjukka­n sijil Kerjasama Rakan Jaringan Komuniti yang telah ditandatan­gani.
 ??  ?? TANDATANGA­N:PengarahJa­batanPenyi­aran Labuan Aminah Samsudin menandatan­gani sijil Kerjasama Rakan Jaringan Komuniti bersama Yahya.
TANDATANGA­N:PengarahJa­batanPenyi­aran Labuan Aminah Samsudin menandatan­gani sijil Kerjasama Rakan Jaringan Komuniti bersama Yahya.
 ??  ?? BERTUKAR DOKUMEN: Wakil Jabatan Kebajikan Masyarakat (tengah) dan Yahya bertukar dokumen perjanjian sambil diperhatik­an Penolong Kanan Pendidikan Khas SMK Mutiara Roslaniah Zainal.
BERTUKAR DOKUMEN: Wakil Jabatan Kebajikan Masyarakat (tengah) dan Yahya bertukar dokumen perjanjian sambil diperhatik­an Penolong Kanan Pendidikan Khas SMK Mutiara Roslaniah Zainal.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia