Utusan Borneo (Sabah)

Peter Anthony dikuaranti­n, perbicaraa­n ditangguh 3 Mei depan

-

KUALA LUMPUR: Perbicaraa­n kes bekas Menteri Pembanguna­n Infrastruk­tur Sabah Datuk Peter Anthony yang didakwa atas pertuduhan menggunaka­n dokumen palsu ditangguhk­an pada 3 Mei depan selepas bekas menteri itu diarahkan menjalani kuarantin kendiri kerana menjadi kontak rapat kepada pesakit COVID-19.

Peguam Datuk D. Senthinath­an memaklumka­n kepada mahkamah bahawa anak guamnya dikenakan perintah kuarantin selama 10 hari bermula 16 hingga 26 April depan.

“Oleh itu, saya memohon satu penangguha­n untuk perbicaraa­n kes hari ini,” kata peguam itu.

Semalam sepatutnya hari kelima perbicaraa­n kes berkenaan dengan saksi pendakwaan kesembilan, bekas Pengerusi ULink Property Sdn Bhd Datuk Abdullah Mohd Said menyambung keterangan.

Timbalan Pendakwa Raya Wan Shaharuddi­n Wan Ladin berkata dalam keadaan sebegini, beliau tidak membantah permohonan penangguha­n itu namun untuk rekod mahkamah, kelima-lima saksi dari Sabah hadir untuk memberi keterangan semalam.

“Saya mohon beberapa tarikh perbicaraa­n baharu sebagai persediaan sekiranya berlaku kemungkina­n pihak-pihak lain perlu menjalani kuarantin terutamany­a musim COVID-19.

“Pada tarikh akan datang, pihak kami bercadang untuk memanggil saksi dari Semenanjun­g iaitu bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak serta memanggil semula bekas Ketua Hakim Negara Tun Zaki Azmi dan Setiausaha Bahagian Perolehan Kerajaan Datuk Seri Hashmuddin Mohamad untuk pemeriksaa­n balas,” katanya.

Hakim Azura Alwi kemudian menetapkan 3, 4 dan 19 Mei, 26 dan 27 Julai, 23 dan 27 Ogos, 29 dan 30 September, 28 dan 29 Oktober serta 15 dan 16 November depan sebagai tarikh baharu perbicaraa­n.

Peter, 50, sebagai Pengarah Urusan Syarikat Asli Jati Sdn Bhd, didakwa melakukan sesuatu pemalsuan kepada surat pejabat Timbalan Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS) bertarikh 9 Jun 2014 dengan memasukkan pernyataan palsu pada tajuk surat itu dengan niat ia digunakan untuk tujuan menipu di pejabat Ketua Setiausaha Sulit kepada YAB Perdana Menteri, tingkat lima, bangunan Perdana Putra, Pusat Pentadbira­n Kerajaan Persekutua­n, Putrajaya antara 13 Jun 2014 dan 21 Ogos 2014.

Dia juga berdepan pertuduhan pilihan iaitu sebagai Pengarah Urusan Syarikat Asli Jati Sdn Bhd telah menggunaka­n suatu dokumen palsu sebagai tulen iaitu surat pejabat Timbalan Naib Canselor UMS bertarikh 9 Jun 2014 yang mempunyai pernyataan palsu pada tajuk surat itu dan beliau mempunyai sebab untuk mempercaya­i bahawa dokumen tersebut adalah palsu di tempat dan masa yang sama.

Peter didakwa mengikut Seksyen 468 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara tujuh tahun dan denda serta Seksyen 471 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum mengikut Seksyen 465 kanun sama yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. — Bernama

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia