Utusan Borneo (Sabah)

NCR: Perjuangan PKR naif, mimpi pada siang hari

GPS rancang, laksana pelbagai program pertanian komersil guna teknologi moden kepada rakyat

- Oleh Steve Annuar GERAWAT

MIRI: Pembaharua­n agrarian melibatkan tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) diperjuang­kan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dianggap sebagai naif dan hanya mimpi pada siang hari.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mulu Datuk Gerawat Gala berkata, kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) merancang dan melaksanak­an pelbagai program membangunk­an pertanian komersil dan pertanian pintar menggunaka­n teknologi moden kepada rakyat.

“Pemilik tanah NCR digalak memanfaatk­an tanah mereka untuk pertanian komersil dan pertanian pintar dengan mengambil peluang bantuan dan program disediakan kerajaan,” katanya dalam kenyataan semalam.

Beliau menambah, Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Sarawak (SALCRA) dan Lembaga Pembanguna­n dan Lindungan Tanah (LCDA) telah banyak membangunk­an tanah NCR di mana pemilik bersetuju agar tanah dibangunka­n secara usaha sama.

Gerawat berkata demikian mengulas kenyataan Setiausaha Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Joshua Jabeng mencadangk­an agar model Lembaga Kemajuan Tanah Persekutua­n (FELDA) diguna pakai dalam pembaharua­n agrarian tanah di negeri ini menjadi manifesto dan agenda utama parti itu pada kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Joseph yakin program pembaharua­n tanah itu mampu mengatasi kemelut dan isu tanah berpanjang­an melibatkan pemilik tanah serta rakyat yang belum memiliki tanah.

“Model FELDA dari Semenanjun­g Malaysia atau model hibrid seperti yang dinyatakan mungkin tidak semestinya sesuai dengan situasi kita di Sarawak.

“Ini dapat menjadi peringatan baik bagi Joshua bahawa rakyat kita memperinga­ti PH bukan kerana janji banyak tetapi banyak janji yang tidak dapat ditunaikan ketika menjadi pemerintah,” jelas Gerawat.

Timbalan Speaker DUN Sarawak itu berkata, GPS sememangny­a mengiktira­f dan memberi hak pemilikan tanah NCR kepada pemilik.

Selain itu, GPS juga mengiktira­f dan memberi hak milik untuk tanah Pemakai Menoa dan Pulau Galau.

Tuduhan menyatakan kerajaan GPS tidak mengembali­kan seinci pun tanah NCR kepada pemilik asli adalah tidak berasas

Pemilik tanah NCR digalak memanfaatk­an tanah mereka untuk pertanian komersil dan pertanian pintar dengan mengambil peluang bantuan dan program disediakan kerajaan. Datuk Gerawat Gala ADUN Mulu

dan pembohonga­n dibuat secara terang-terangan.

“Untuk kerajaan GPS, kami adalah buku terbuka. Rakyat boleh menilai sendiri pencapaian prestasi kerajaan GPS sejak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dilantik sebagai Ketua Menteri dan GPS dibentuk,” jelasnya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia