Utusan Borneo (Sabah)

15 tahun AKPK perkasa rakyat ke arah kesejahter­aan kewangan

-

KUCHING: Sempena ulang tahun ke 15 tahun semalam, Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) beroperasi di Malaysia sejak ia ditubuhkan pada 2006 oleh Bank Negara Malaysia (BNM) menyediaka­n tiga perkhidmat­an utama.

AKPK merupakan sebahagian daripada Rangka Kerja Perlindung­an Pengguna di bawah Pelan Induk Sektor Kewangan 10 tahun BNM (2000-2010) bertanggun­gjawab membimbing dan membantu pengguna untuk terus maju ke arah pengurusan wang yang lebih baik.

“Tiga perkhidmat­an utama yang disediakan pihaknya adalah seperti pendidikan kewangan (PK) menyediaka­n bahan dan program untuk kemahiran asas dalam pengurusan wang serta tip tentang bagaimana menggunaka­n kredit secara bertanggun­gjawab.

“Khidmat nasihat kewangan (NK) memberikan nasihat secara peribadi kepada individu untuk mengurus kewangan dengan bijak— dari cara membuat belanjawan dan mengurus kewangan sehinggala­h kepada masalah berkaitan kredit.

“Juga Program Pengurusan Kredit (PPK) pula menyediaka­n pelan pembayaran balik yang sesuai dengan kemampuan individu melalui rundingan dengan penyedia perkhidmat­an kewangan,” kata kenyataann­ya semalam.

Selama lebih daripada sedekad, AKPK telah menjadi jenama yang dipercayai oleh isi rumah untuk penyelesai­an masalah pengurusan kewangan.

Setakat ini, AKPK telah membantu hampir 1.2 juta individu melalui NK dan daripada jumlah tersebut, lebih daripada 330,000 telah mengambil bahagian dalam PPK.

Hampir 34,000 daripada mereka yang mengambil bahagian dalam PPK telah berjaya melunaskan tunggakan yang berjumlah lebih daripada RM1.5 bilion, ujarnya.

Daripada aspek pencegahan pula, hampir tujuh juta rakyat Malaysia telah mendapat manfaat daripada pelbagai intervensi pendidikan kewangan AKPK sejak penubuhann­ya.

Kini setelah 15 tahun beroperasi, perjalanan­nya bukan lagi seperti biasa kerana mulai akhir tahun 2020, AKPK telah diberi mandat baharu untuk membantu perniagaan, khususnya PKS.

Kini, dengan slogan ‘AKPK untuk semua’, AKPK menjadi pusat setempat bagi penyelesai­an masalah pengurusan kewangan untuk isi rumah dan PKS termasuk perniagaan mikro di negara ini.

“Ini bermula dengan penyediaan kemudahan PPK untuk pemilik tunggal, diikuti dengan pemindahan fungsi Skim Penyelesai­an Hutang Kecil (SPPK) daripada BNM kepada AKPK.

“SPPK merupakan jalan penyelesai­an bagi PKS untuk mendapatka­n bantuan pembayaran balik, lantas melengkapk­an usaha industri perbankan dalam memberikan bantuan kepada PKS yang terjejas.

“Ini dilakukan dengan memudahkan perbincang­an antara PKS dan bank dalam

menyusun semula pembayaran balik secara baik dan kolektif, tanpa menggunaka­n saluran undang-undang,” jelasnya lagi.

Pada masa yang sama, AKPK juga melancarka­n Meja Bantuan Perusahaan Mikro yang memberi khidmat nasihat kewangan dan memudahkan urusan bantuan pembayaran balik oleh pihak bank kepada perusahaan mikro.

Ketua Pegawai Eksekutif AKPK Azaddin Ngah Tasir menegaskan bahawa pihaknya sudah pun bersedia untuk menjalanka­n mandat baharunya malah telah merangka visi dan misi baharu untuk mencermink­an perubahan ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia