Utusan Borneo (Sabah)

Iktiraf, terima anak-anak hasil kahwin campur dengan penduduk asli disokong

-

MIRI: Persatuan Dayak Miri (DAM) menyatakan sokongan terhadap kenyataan dibuat Setiausaha Agung Dewan Perniagaan Dayak (DCC) Libat Langub yang mendesak kerajaan negeri mengiktira­f dan menerima anak-anak hasil kahwin campur sebagai penduduk asli Sarawak.

Presidenny­a Wilfred Mac berkata, DAM merasakan sudah tiba masanya status anak-anak hasil daripada perkahwina­n campur (antara ibu bapa peribumi dan bukan) diteliti dengan serius dan cepat.

“Rakyat Sarawak selalu bangga menjadi model masyarakat majmuk dan orang-orangnya terdiri daripada pelbagai bangsa, etnik dan agama hidup berdamping­an dengan aman.

“Oleh itu, inilah masanya anak-anak hasil perkahwina­n campur turut diberikan tempat yang sah dan diakui sebagai penduduk peribumi atau Bumiputera Sarawak,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Wilfred berkata terdapat anggapan bangsa atau etnik anak-anak hasil daripada perkahwina­n campur adalah mengikut (bangsa) bapa mereka.

Merujuk kepada Artikel 161A (6) Kedudukan Istimewa Anak Negeri Sabah dan Sarawak dalam Perlembaga­an Persekutua­n, beliau menunjukka­n dalam artikel ini ‘asli’ bermaksud: (a), berkaitan dengan Sarawak seseorang merupakan warganegar­a dan kedua-duanya tergolong dalam salah satu kaum dinyatakan dalam Fasal (7) sebagai penduduk asli Negara atau berasal dari darah campuran secara eksklusif daripada kaum tersebut.

Beliau berkata, bagi Sarawak jika salah seorang ibu atau bapa bukan orang Bumiputera, anak mereka secara undang-undang tidak dianggap sebagai anak orang Bumiputera atau peribumi.

“Sayangnya dengan undang-undang ini anak-anak perkahwina­n campur tidak dapat menggunaka­n istilah ‘bangsa’ atau kaum dapat ‘ditandai’ kepada mereka; sebaliknya mereka hanya boleh diakui sebagai ‘orang Sarawak’ tetapi tanpa ‘kaum’.

“Berpunca penafsiran ketat terhadap Artikel 161A (6) (a), beberapa anak hasil daripada perkahwina­n campur kehilangan berbagai peluang dalam pendidikan, biasiswa dan perniagaan,” jelasnya.

Wilfred berkata, pada 2016, Jabatan Tanah dan Survei (JTS) menguatkua­sakan peruntukan Artikel 161A (6) (a) dan menolak menyetujui sebarang pemindahan atau pemberian hak milik Tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) daripada ibu bapa kepada anak-anak mereka (hasil kahwin campur dengan bukan Bumiputera).

“Menariknya, di bawah Seksyen 20 (1) Ordinan Mahkamah Bumiputera 1992, Orang Bukan Bumiputera dapat mengajukan ‘Permohonan Untuk Dikenal Pasti Sebagai Bumiputera’.

“Apabila permohonan mereka diluluskan (tentu sahaja tertakluk pelbagai kriteria) Orang Bukan Bumiputera dapat berurusan dengan Tanah Kawasan Bumiputera atau Tanah Adat Bumiputera di bawah Seksyen 9 Kanun Tanah (Perolehan Tanah Oleh Bukan Bumiputera),” katanya.

Justeru, dalam keadaan sukar beliau memberitah­u bahawa anak-anak hasil kahwin campur di Sarawak merasakan mereka didiskrimi­nasi dan dipinggirk­an.

 ??  ?? WILFRED MAC
WILFRED MAC

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia