Utusan Borneo (Sabah)

924 warga emas terima vaksin COVID-19 pertama

PICK Fasa Dua di PPV Stadium Tertutup Sibu bermula serentak di lapan negeri dan wilayah semalam

- Oleh Borhaniza Ali Basah

SIBU: Seramai 924 warga emas berumur dari 75 hingga 100 tahun menjadi penerima vaksin COVID19 pertama pada Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) Fasa Dua di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Stadium Tertutup Sibu bermula serentak di lapan negeri dan wilayah semalam.

Penyelaras Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Sibu Dr Annuar Rapaee berkata, fasa kedua adalah khusus untuk golongan warga emas dan orang kurang upaya (OKU).

“Namun, untuk 924 penerima hari ini (semalam) mereka adalah warga emas berusia 75 tahun ke atas menerima dos kedua dalam masa tiga minggu,” katanya selepas merasmikan PICK

Fasa Dua di PPV Stadium Tertutup Sibu, semalam.

Program sehari itu bermula dari jam 8 pagi hingga 5 petang.

Bagi penerima vaksin untuk OKU, Menteri Muda Kerajaan Tempatan dan Perumahan itu berkata mereka masih menunggu senarai nama OKU.

Secara definisiny­a, penerima vaksin fasa kedua terdiri daripada warga emas berusia 60 tahun ke atas dan individu berisiko.

Dr Annuar mendedahka­n terdapat 140 pakar perubatan turut diberi dos pertama vaksin itu semalam.

Sibu dipilih sebagai bahagian pertama di negeri ini memulakan fasa kedua PICK.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nangka itu berkata, terdapat 17 PPV di seluruh bahagian Sibu apabila beroperasi sepenuhnya.

“Tetapi hari ini (semalam) hanya pusat vaksinasi di Stadium Tertutup Sibu digunakan kerana ia mempunyai ruang lebih besar dan kondusif,” katanya.

Beliau juga mengatakan terdapat satu sudut di stadium di mana doktor dan jururawat ditempatka­n untuk bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkina­n.

Sementara itu, Pemangku Residen Bahagian Sibu Wong Hee Sieng berkata, JPBBS menyasarka­n mendaftark­an 70 peratus sekitar 300,000 penduduk di bahagian Sibu untuk program vaksinasi.

Beliau berkata, sehingga sekarang sekitar 80 peratus telah mendaftar sebagai penerima vaksin melalui aplikasi MySejahter­a dan pendaftara­n secara manual.

“Daripada angka itu, sekitar 50 peratus telah dimasukkan ke dalam sistem,” katanya.

Hadir sama Ahli Dewan Negara Senator Robert Lau, Pegawai Kesihatan Bahagian Sibu Dr Teh Jo Hun dan yang lain.

Namun, untuk 924 penerima hari ini (semalam) mereka adalah warga emas berusia 75 tahun ke atas menerima dos kedua dalam masa tiga minggu. Dr Annuar Rapaee Penyelaras JPBB Sibu

 ??  ?? RASMI: Dr Annuar (empat kanan) bersama Lau (lima kiri) memotong reben merasmikan PICK Fasa Dua di PPV Stadium Tertutup Sibu semalam.
RASMI: Dr Annuar (empat kanan) bersama Lau (lima kiri) memotong reben merasmikan PICK Fasa Dua di PPV Stadium Tertutup Sibu semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia