Utusan Borneo (Sabah)

Kasih anak terhadap ibu bapa pada Program Imunisasi

-

SIBU: Kasih seorang anak terhadap ibua bapa terlihat pada Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) Fasa Dua di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Stadium Tertutup Sibu semalam, apabila masingmasi­ng warga emas hadir menerima vaksin ditemani anak mereka.

Utusan Borneo membuat liputan pada program itu menyaksika­n pelbagai detik menyentuh hati antara seorang anak dan orang tua mereka.

Ada warga emas hadir berkerusi roda, berjalan perlahan dan bertongkat, namun semua urusan menjadi mudah apabila masing-masing ditemani anak mereka membantu menguruska­n semua proses pendaftara­n sehingga selesai diberi suntikan vaksin.

Tamizi Tamby, 35, tiba di PPV di sini sekitar jam 9 pagi ketika ditemui berkata dia berasa gembira kerana dapat menemani ayahnya, Tamby Sulaiman, 84, berkerusi roda untuk vaksinasi dos pertama vaksin COVID-19.

Katanya, suntikan dos pertama diterima ayahnya semalamjug­aumpamahad­iah hari jadi buat dirinya.

“Sebagai warga emas berusia lebih 80 tahun, beliau tergolong sebagai berisiko tinggi dijangkiti COVID-19. Perkara ini merisaukan saya sejak menularnya wabak ini di negara kita.

“Tetapi dengan adanya suntikan vaksin ini, sekurang-kurangnya dapat mengurangk­an risiko ayah saya daripada jangkitan,” katanya sambil memberitah­u dos kedua ayahnya dijangka diberikan pada 10 Mei depan.

Beliau berkata, ibunya berusia 65 tahun masih menunggu giliran menerima vaksin dan berharap dipanggil sesegera mungkin.

Bagi Zuliana Hailee, 40, dia berasa lega kerana urusan vaksinasi dos pertama ayahnya, Hailee Likun, 75, berjalan lancar.

Dia turut berasa gembira kerana ayahnya tersenarai sebagai penerima vaksin untuk fasa kedua bermula semalam.

“Tidak apa lebih menggembir­akan apabila melihat orang tua yang kita sayangi menerima vaksin bagi mengurangk­an risiko mereka dijangkiti penyakit berbahaya ini.

“Saya harap lebih ramai golongan warga emas seperti ayah saya turut menerima vaksin mereka,” katanya.

Sementara itu, Sibu menjadi bahagian pertama di negeri ini melaksanak­an program vaksinasi PICK fasa dua melibatkan warga emas dan orang kurang upaya (OKU).

Majlis perasmian PICK Fasa Dua di PPV Stadium Tertutup Sibu semalam dirasmikan Menteri Muda

Kerajaan Tempatan Dr Annuar Rapaee.

Hadir sama Ahli Dewan

Negara Senator Robert Lau, Pegawai Kesihatan Sibu Dr Teh Jo Hun dan Pengerusi

Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Bahagian Sibu Wong Hee Sieng.

 ??  ?? VAKSINASI: Sekitar suasana program vaksinasi fasa dua di PPV Stadium Tertutup Sibu, semalam.
VAKSINASI: Sekitar suasana program vaksinasi fasa dua di PPV Stadium Tertutup Sibu, semalam.
 ??  ?? VAKSIN: Tamizi (kiri) bersama ayahnya, Tamby (kanan) sambil memegang plakad ‘Saya telah DIVAKSIN’.
VAKSIN: Tamizi (kiri) bersama ayahnya, Tamby (kanan) sambil memegang plakad ‘Saya telah DIVAKSIN’.
 ??  ?? SELESAI: Zuliana (kanan) menemani ayahnya, Hailee (kiri) selesai menerima dos pertama vaksin COVID-19 semalam.
SELESAI: Zuliana (kanan) menemani ayahnya, Hailee (kiri) selesai menerima dos pertama vaksin COVID-19 semalam.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia