Utusan Borneo (Sabah)

Orang ramai sudah daftar dapatkan vaksinasi diminta periksa telefon bimbit

-

MIRI: Orang ramai yang sudah mendaftar untuk mendapatka­n vaksinasi COVID-19 diminta memeriksa telefon bimbit masing-masing dengan kerap kerana pesanan temu janji bagi suntikan dihantar menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS).

Menteri Pengangkut­an Sarawak Datuk Lee Kim Shin yang bertanggun­gjawab bagi Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Miri memberitah­u, peringatan pengesahan temu janji vaksin COVID-19 melalui aplikasi MySejahter­a diterima melalui kaedah SMS.

“Oleh itu, orang ramai perlu sentiasa peka memeriksa SMS di telefon bimbit masingmasi­ng.

“Pelaksanaa­n Program Imunisasi COVID-19 Fasa Kedua Bahagian Miri bermula pada 23 hingga 29 April ini di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Eastwood Valley, Miri, Hospital Miri dan Hospital Marudi,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Sebanyak 3,510 vaksin diterima bagi fasa kedua menyasarka­n kumpulan pertama membabitka­n golongan berisiko dan warga emas berumur 69 tahun hingga 99 tahun berdasarka­n senarai diterima JPBB Miri.

Berdasarka­n penjelasan Pegawai Kesihatan Bahagian Miri, satu SMS daripada COVID-19 Immunistio­n Task Force (CITF) dihantar ke nombor telefon bimbit didaftarka­n dalam aplikasi MySejahter­a bagi memberi peringatan mengesahka­n temu janji penerimaan vaksin.

Pengesahan temu janji perlu dilakukan dalam aplikasi MySejahter­a dan hendaklah dilakukan dalam tempoh 48 jam dari tarikh penerimaan SMS untuk mengelak temu janji dibatalkan.

“Orang ramai mendaftar (termasuk tanggungan) menerusi aplikasi MySejahter­aperlumeny­emak aplikasi tersebut untuk mengemas kini maklumat sendiri dan tanggungan.

“Selain itu, bagi tujuan tarikh temu janji pula, satu SMS dihantar memberikan peringatan kepada pengguna aplikasi mengesahka­n tarikh temu janji melalui aplikasi MySejahter­a. Satu SMS dihantar CITF berhubung pengesahan temu janji,” katanya.

Seterusnya, penerima SMS perlu membuka aplikasi MySejahter­a untuk mengesahka­n tarikh tersebut.

Orang ramai diingatkan terus kekal berwaspada dan sentiasa mematuhi aspek SOP pencegahan COVID-19 secara ketat.

 ??  ?? SEMAK: Lee menunjukka­n contoh mesej dihantar menerusi SMS telefon bimbit penerima.
SEMAK: Lee menunjukka­n contoh mesej dihantar menerusi SMS telefon bimbit penerima.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia