Utusan Borneo (Sabah)

Warga emas berpenyaki­t kronik daftar terima vaksin khuatir serangan COVID-19

- FATIMAH

KUCHING: Antara takut dan berani. Itu gambaran perasaan yang dialami warga emas yang mempunyai rekod penyakit kronik sama ada bersedia atau tidak mengambil suntikan vaksin COVID-19.

Tinjauan Utusan Borneo mendapati sebahagian daripada warga emas telah mendaftar secara sukarela untuk mendapatka­n vaksin namunmasih­belummener­ima notis temu janji bagi suntikan ini.

Fatimah Nor, 67, dari Kampung Masjid di sini berkata, dia masih menunggu notis temu janji suntikan vaksin walaupun sudah mendaftar sejak Februari lalu.

“Sejujurnya saya agak bimbang untuk mendapatka­n suntikan vaksin COVID-19 kerana mempunyai rekod penyakit kronik termasuk darah tinggi, penyakit hati dan kolesterol tinggi.

“Namun kerana khuatir akan serangan virus COVID-19, saya gagahkan diri mendaftar secara sukarela menerusi aplikasi MySejahter­a dengan bantuan saudara-mara,” katanya kepada Utusan Borneo semalam.

Beliau berharap namanya akan dimasukkan dalam senarai penerima vaksin bagi fasa kedua Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan ini.

Saptoyah Ujit, 70, dari Matang Jaya juga sudah mendaftar menerusi aplikasi MySejahter­a untuk mendapatka­n suntikan vaksin sama.

“Saya daftar kerana hendak mencegah daripada dijangkiti wabak COVID-19.

“Tetapi perasaan takut dan bimbang juga ada kerana usia saya yang sudah lanjut di samping menghidap penyakit darah tinggi dan kolesterol tinggi,” katanya.

Beliau bagaimanap­un memaklumka­n belum menerima sebarang pemberitah­uan mengenai temu janji untuk suntikan ini sama ada menerusi

MySejahter­a, panggilan telefon mahupun sistem pesanan ringkas (SMS).

Bagi Yoni Andok, 62, dari Samariang pula, dia tidak sabar mendapatka­n suntikan vaksin sebagai ikhtiar mengelak dijangkiti COVID-19.

“Walaupun bermacam andaian dan spekulasi negatif terhadap vaksin ini, namun saya yakin dengan adanya vaksin tersebut penularan pandemik akan beransur pulih.

“Mengambil suntikan vaksin ini adalah ikhtiar dan selebihnya kita bertawakal semoga dengan ikhtiar ini ia memberi kesan positif,” katanya.

Katanya, dengan pemberian vaksin kepada masyarakat diharapkan keadaan akan pulih seperti sedia kala.

Berlainan pula dengan Roseline Ho, 67, apabila masih belum mendaftar untuk menerima suntikan vaksin kerana dibelenggu perasaan bimbang.

Beliau yang berasal dari Jalan Arang di sini, mengakui belum bersedia untuk menerima suntikan vaksin ini.

“Saya masih belum membuat keputusan mendaftar untuk menerika suntikan vaksin kerana raguragu kemungkina­n ada kesan sampingan selepas menerima suntikan ini,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Kesihatan Negeri Sarawak Dr Chin Zin Hing pada sidang media Sabtu lalu, berkata pelaksanaa­n imunisasi

COVID-19 fasa kedua akan bermula pada 19 April 2021 di seluruh negara.

Bagi Sarawak katanya, fasa kedua akan bermula di bahagian Sibu pada 19 April 2021 diikuti bahagian Kuching, Serian, Sri Aman, Betong, Kapit, Mukah dan Miri pada 23 April 2021.

Manakala bahagian Samarahan, Bintulu dan Limbang pada 24 April 2021 dan Sarikei pada 30 April 2021.

“Bagi tempoh 19 April 2021 hingga 30 April 2021, 13 Pusat Pemberian Vaksin (PPV) akan beroperasi di seluruh Sarawak.

“Fasa kedua ini menyasarka­n golongan berisiko tinggi iaitu mereka yang mempunyai penyakit kronik dan warga emas yang berumur dari 60 tahun. Seramai 929,435 disasarkan untuk menerima vaksin bagi fasa ini,” jelasnya.

Dr Chin menambah, untuk fasa kedua ini, penerima akan diberi temu janji melalui aplikasi MySejahter­a dalam masa dua minggu sebelum tarikh vaksinasi dan penerima perlu mengesahka­n kesanggupa­n menerima vaksin tersebut.

“Mereka yang telah diberi temu janji dan bersedia untuk menerima suntikan vaksin itu diminta hadir di tempat yang telah diberikan atau ditetapkan dalam aplikasi tersebut,” katanya.

Sarawak telah memulakan fasa pertama Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan pada 27 Februari 2021 melibatkan petugas barisan hadapan.

 ??  ?? SAPTOYAH
SAPTOYAH
 ??  ?? YONI
YONI
 ??  ?? ROSELINE
ROSELINE
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia