Utusan Borneo (Sabah)

‘Lockdown’ pertama beri pengajaran kepada Nur Sabrina

Rumah Sali Kirak pernah dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat­kan, dari 4 hingga 26 Februari 2021

- Oleh Watt Zacchaeus

“Sungguh tidak dijangka dan menyedihka­n pada masa sama ia berlaku lagi. Lebih-lebih lagi berlaku pada bulan Ramadan dan saya mempunyai bayi berusia tiga bulan. Nur Sabrina Abdullah Penduduk Rumah Sali Kirak

KANOWIT: Pengalaman ‘lockdown’ pertama banyak memberi pengajaran kepada Nur Sabrina Abdullah, 32, ketika rumah panjang mereka dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat­kan (PKPD) dari 4 hingga 26 Februari lalu.

Tetapi, ibu kepada lima anak itu tidak menyangka PKPD sama turut dikenakan ke atas rumah panjang mereka untuk kali kedua mulai Ahad lalu.

Kelmarin, pita kuning sama bertulis ‘Garisan Polis’ dan ‘Dilarang Melintas’ diikat di sekeliling Rumah Sali Kirak sepanjang 30 pintu di Skim Penempatan Semula Nanga Ngungun di sini setelah pasangan suami isteri warga emas dari rumah panjang tersebut disahkan positif COVID-19.

“Sungguh tidak dijangka dan menyedihka­n pada masa sama ia berlaku lagi. Lebihlebih lagi berlaku pada bulan Ramadan dan saya mempunyai bayi berusia tiga bulan,” katanya menerusi aplikasi WhatsApp di sini semalam.

Nur Sabrina berkata, Ramadan tahun lalu tidak banyak kerumitan walaupun ‘lockdown’ dikenakan di seluruh negara kerana pandemik itu.

Katanya pada masa itu, wabak berkenaa masih belum melanda kawasan luar bandar di negeri ini termasuk Kanowit.

“Tahun ini, kita masih menyesuaik­an diri dengan norma baharu dalam berpuasa tetapi sekarang keadaan banyak berubah dan rumah panjang kami dikenakan PKPD, ia sangat membimbang­kan.

“Kami pasti tidak boleh keluar membeli makanan berbuka puasa atau sahur (waktu sebelum subuh) sepanjang tempoh PKPD akan dikenakan sekurang-kurangnya dua minggu,” katanya.

PKPD pertama Rumah Sali dari 4 hingga 26 Februari lalu dikenakan setelah mengesan satu kes positif melibatkan seorang wanita berusia 36 tahun dimasukkan di Hospital Kanowit.

Ujian calitan pusingan pertama dilakukan pada 6 Februari ke atas lebih 65 penduduk rumah panjang hanya menghasilk­an satu keputusan positif dan selebihnya adalah negatif.

Kes merupakan wanita berusia 60-an, kemudian dicalit semula dan menjadi positif untuk COVID-19.

PKPD di rumah panjang tersebut ditamatkan setelah ujian calitan kedua penduduk disahkan negatif pada 26 Februari lalu.

Nur Sabrina yang memeluk Islam ketika berkahwin 15 tahun lalu, berharap keputusan calitan kalangan kontak rapat dan penduduk rumah panjang dilakukan beberapa hari ini, hasilnya negatif.

“Saya berdoa tempoh PKPD tidak dilanjutka­n sehingga Aidilfitri ini dan jika tidak anak-anak saya dan saya akan meraikanny­a ketika PKPD,” katanya.

Kanowit mempunyai sejumlah 486 kes kumulatif setakat ini setelah 12 kes pertama berkaitan Kluster Pasai dikesan di daerah ini pada 12 Januari lalu.

Tiga kematian juga dicatatkan dari daerah ini, mengubah statusnya daripada Zon Jingga kepada Zon Merah dengan 25 kes baharu direkodkan kelmarin.

 ??  ?? DISEKAT: Rumah Sali Kirak di Nanga Ngungun, Kanowit dikenakan PKPD mulai Ahad lalu.
DISEKAT: Rumah Sali Kirak di Nanga Ngungun, Kanowit dikenakan PKPD mulai Ahad lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia