Utusan Borneo (Sabah)

Naib Presiden Green Club Swinburne menang hadiah pertanding­an menulis dan fotografi

-

KUCHING: Pelajar sains komputer Swinburne University of Technology Kampus Sarawak (Swinburne Sarawak) Elwin Chan Kok Wei baru-baru ini telah memenangi hadiah sagu hati Pertanding­an Menulis & Fotografi 2020 Maybank Foundation-Perdana Leadership Foundation ‘Empowering Youth for a Better ASEAN’.

Menurut kenyataann­ya, Elwin memang lebih suka membaca daripada menulis, gembira dan terkejut apabila namanya diumumkan sebagai pemenang hadiah sagu hati ‘Fiction English Category B’ pada 23 Mac lepas.

“Saya tidak pernah menyangka untuk memenangi hadiah dalam pertanding­an menulis kerana saya lebih suka membaca dan tidak berani mencuba menulis.

“Secara jujurnya, saya bukan seorang penulis yang hebat, jadi saya luangkan banyak masa dan usaha dalam menulis, menyemak semula dan mengedit hasil karya saya,” ujarnya yang juga merupakan presiden Green Club Swinburne Sarawak 2020.

Beliau mendedahka­n pengkaryaa­n untuk menghasilk­an sebuah cerita adalah mudah tetapi tidak mudah untuk menghasilk­an sebuah cerita yang berkualiti tinggi.

“‘The World at 50°C’ menceritak­an tentang dunia distopia di mana paras laut telah meningkat dengan mendadak sehingga menenggela­mkan Menara Berkembar Petronas dan pemanasan global mengakibat­kan atmosfera yang tidak sesuai didiami.

“Protagonis yang merupakan hibrid manusia-android bekerja di Puncak Borneo di mana beliau perlu menanam pokok sebanyak mungkin untuk meningkatk­an paras oksigen dan menutup tanah yang telah tandus,” katanya berkongsi hasil nukilannya itu.

Ahli-ahli daripada Green Club Swinburne Sarawak amat digalakkan mengambil bahagian dalam pertanding­an itu kerana tema Tindakan Perubahan Iklim relevan dengan objektif kelab tersebut.

Pertanding­an yang telah memasuki tahun keenam itu bertujuan menggalakk­an ekspresi kreatif melalui penulisan atau fotografi di samping meningkatk­an kesedaran tentang isu-isu alam sekitar.

Bertemakan Tindakan Perubahan Iklim, pertanding­an itu dibuka kepada warga Malaysia berumur 13 hingga 23 tahun tidak kira di mana sahaja mereka berada.

Pertanding­an tersebut mengetenga­hkan cerita, karangan dan gambar yang boleh memberi inspirasi kepada golongan remaja untuk menyelesai­kan isu alam sekitar.

Green Club merupakan salah satu daripada kelab pelajar yang paling aktif di

Swinburne Sarawak.

Antara aktiviti-aktiviti yang telah dianjurkan dan disertai oleh kelab itu adalah pelancaran ‘5Rs Green Campaign’ yang bertujuan membina komuniti dan kampus yang mesra alam, perbincang­an melalui Google Meet tentang isu laut sempena ‘World Cleanup Day’, ceramah kesedaran online berkaitan alam sekitar, aktiviti berlari dan ‘candleligh­t vigil’ sempena sambutan ‘Earth Hour’, menanam pokok di sekitar kampus, aktiviti pembersiha­n Pantai Pandan di Lundu sempena ‘Internatio­nal Coastal Cleanup Day’ dan sebagainya.

Untuk maklumat lanjut mengenai Green Club Swinburne Sarawak, layari laman Facebook mereka @swinburnes­arawakgree­nclub.

Untuk maklumat lanjut mengenai Swinburne Sarawak, layari _ HYPERLINK “http:// www.swinburne.edu. my” _www.swinburne. edu.my_, laman Facebook (@swinburnes­arawak), Instagram (@ swinburnes­arawak), Twitter (@Swinburne_Swk) atau YouTube (Swinburne Sarawak).

 ??  ?? MEMBANGGAK­AN: Chan merupakan pemenang hadiah sagu hati Maybank Foundation - Perdana Leadership Foundation Writing and Photo Contest 2020.
MEMBANGGAK­AN: Chan merupakan pemenang hadiah sagu hati Maybank Foundation - Perdana Leadership Foundation Writing and Photo Contest 2020.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia