Utusan Borneo (Sabah)

Malaysia tidak ‘lembap’ jalankan program imunisasi COVID-19

Rakyat perlu menunggu giliran dalam fasa yang ditetapkan: Khairy

- KHAIRY JAMALUDDIN

PUTRAJAYA: Malaysia tidak ‘lembap’ dalam menjalanka­n Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, kata Menteri Penyelaras program Khairy Jamaluddin yang berkongsi jumlah keseluruha­n pemberian dos pertama dan kedua vaksin COVID-19 di negara ini kini berjumlah 1,144,841 dos daripada 1,559,540 jumlah dos yang telah dihantar.

Dalam sidang media bersama Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba mengenai perkembang­an program itu di sini semalam, Khairy berkata seramai 701,812 individu telah menerima dos pertama vaksin COVID-19 setakat ini, dan 443,029 individu pula telah melengkapk­an dua dos suntikan vaksin mereka.

Mengenai persoalan ramai pihak mengenai kadar vaksinasi Malaysia yang dikatakan lambat walaupun negara menerima bekalan vaksin COVID-19 secukupnya, beliau berkata kerajaan memahami kegusaran rakyat yang masih menunggu untuk divaksinas­i namun mereka perlu menunggu giliran dalam fasa yang ditetapkan.

“Sudah dimaklumka­n setiap daripada mereka perlu menunggu giliran dalam fasa yang ditetapkan, seperti fasa pertama untuk barisan petugas hadapan, fasa kedua untuk golongan warga emas dan sebagainya. Kita mesti patuh kepada fasa yang telah ditetapkan mengikut kategori masing-masing,” katanya.

Menurut Khairy, program vaksinasi Malaysia yang dijalankan mengikut jadual atau fasa adalah seperti kaedah yang digunakan di luar negara seperti United Kingdom (UK) yang menggunaka­n jadual umur di negara itu.

Namun di UK hanya akan membuka pendaftara­n vaksinasi

Sudah dimaklumka­n setiap daripada mereka perlu menunggu giliran dalam fasa yang ditetapkan, seperti fasa pertama untuk barisan petugas hadapan, fasa kedua untuk golongan warga emas dan sebagainya. Kita mesti patuh kepada fasa yang telah ditetapkan mengikut kategori masingmasi­ng. Khairy Jamaluddin Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan

ketika seseorang itu layak menerima vaksin mengikut umur yang ditetapkan, manakala di Malaysia membuka peluang pendaftara­n untuk vaksinasi kepada semua rakyat Malaysia sejak awal tidak kira umur atau pecahan kategori, katanya.

Setakat ini, katanya seramai 8,992,832 individu telah mendaftar di aplikasi MySejahter­a, dengan jumlah warga emas yang berumur 60 tahun ke atas yang berdaftar ialah 1,438,974 orang, orang kurang upaya (136,798 orang) dan individu berpenyaki­t kronik seramai 2,029,297 orang.

Menurut Khairy, negeri paling tinggi dengan pendaftara­n menerima vaksin ialah Wilayah Persekutua­n (WP) Putrajaya dengan pencapaian ratio sebanyak 98 peratus, diikuti Selangor dan WP Kuala Lumpur masing-masing 50 peratus, Pulau Pinang (45 peratus) dan Negeri Sembilan 44 peratus.

Mengenai bekalan vaksin pula, beliau berkata Malaysia akan menerima bekalan tambahan vaksin Pfizer-BioNTech sebanyak 128,700 dos pada 21 April ini, diikuti 36,270 dos pada 22 April dan 12,870 dos pada 23 April. — Bernama

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia