Utusan Borneo (Sabah)

Kumpulan radikal Islam bebaskan 11 polis yang menjadi tebusan

-

LAHORE: Sebelas anggota polis Pakistan ditahan oleh para penyokong bagi sebuah kumpulan radikal Islam sebagai sebahagian daripada kempen mereka untuk memastikan duta Perancis dihalau, telah pun dibebaskan, menurut pihak berkuasa semalam.

Anggota polis tersebut telah ditahan sebagai tebusan kelmarin oleh para penyokong Tehreek-e-Labbaik Pakistan (TLP) ketika bantahan ganas di Lahore.

Video yang disebarkan di dalam media sosial – dan disahkan secara tidak rasmi oleh polis sebagai tulen – menunjukka­n beberapa orang daripada mereka dalam keadaan berdarah dan lebam, dengan kain pembalut luka diikat pada kepala mereka.

Menteri Dalam Negeri Sheikh Rashid Ahmed menyatakan anggota polis itu dibebaskan pada awal semalam selepas ‘rundingan’ dengan TLP, yang diharamkan oleh kerajaan pada minggu lepas selepas melabelkan ia secara efektif sebagai sebuah organisasi pengganas.

Anggota polis tersebut dikurung di sebuah kubu kuat masjid TLP di Lahore, yang sekarang dipenuhi dengan para penyokong dan dikepung oleh polis.

“Rundingan telah bermula dengan TLP, pusingan pertama berjaya diselesaik­an,” kata Rashid dalam sebuah video di dalam Twitter.

“Mereka telah membebaska­n 11 anggota polis yang dijadikan sebagai tebusan.”

Beliau menyatakan pusingan kedua bagi rundingan akan dilakukan pada lewat Isnin, walaupun ia masih belum jelas apa yang mereka bincangkan.

Sebelum itu, TLP telah menetapkan tarikh akhir 20 April bagi menghalau duta

Perancis.

Kumpulan itu adalah dalang di sebalik satu kempen anti-Perancis selama beberapa bulan sejak Presiden Emmanuel Macron mempertaha­nkan hak majalah Charlie Hebdo untuk menerbitka­n semula kartun yang menggambar­kan Nabi Muhammad – satu tindakan yang dianggap sebagai hasutan oleh ramai penduduk Islam. — AFP

 ??  ?? PROTES: Polis berkawal ketika penyokong TLP mengadakan tunjuk perasaan selepas ketua mereka ditahan setelah menyuaraka­n pendapat untuk memecat duta Perancis, di Lahore, kelmarin.
PROTES: Polis berkawal ketika penyokong TLP mengadakan tunjuk perasaan selepas ketua mereka ditahan setelah menyuaraka­n pendapat untuk memecat duta Perancis, di Lahore, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia