Utusan Borneo (Sabah)

Pasukan keselamata­n dan pelombong emas bertempur, dua maut di Guinea

-

CONAKRY: Dua orang meninggal dunia dalam satu pertempura­n antara pasukan keselamata­n dan pelombong emas yang tidak bekerja yang telah menjarah sebuah pekan di timur Guinea, menurut seorang pengarah hospital kelmarin.

Masalah meletus pada Sabtu lepas di Kouroussa, 500 kilometer dari bandar utama Conakry, di mana pelombong yang membantah, menuduh pihak berkuasa sebagai menjual tempat kerja tempatan mereka.

“Dua orang meninggal dunia, ia telah disahkan. Mayat tersebut ada di rumah mayat,” pengarah hospital di pekan tersebut Maurice Beavogui berkata, sambil menambah bahawa sejumlah orang yang tidak diketahui turut tercedera.

Bagi Manfila Keita, seorang jurucakap bagi penunjuk perasaan, pelombong tersebut tidak mempunyai banyak pilihan.

“Kami berasal dari sini. Kami tidak mempunyai tempat lain lagi untuk pergi,” kata beliau.

“Kami tidak mempunyai kerja. Satu-satunya sumber pendapatan kami bagi memenuhi keperluan kami datangnya dari lombong ini yang telah dirampas oleh pihak berkuasa daripada kami untuk dijual kepada sebuah syarikat dari Burkina Faso yang malah tidak disenaraik­an,” tambah beliau.

Seorang lagi penunjuk perasaan, yang meminta namanya dirahsiaka­n, menambah: “Ia adalah persoalan mengenai hidup atau mati. Lombong kami atau Kouroussa harus lupus dari sini.”

Penunjuk perasaan “memecahkan semua benda, kediaman pengawas, datuk bandar dan banyak bangunan lain yang telah dirosakkan,” seorang sumber keselamata­n di Kouroussa memberitah­u AFP.

“Batu-batu telah dilontar ke arah banyak kenderaan pegawai dan juga milik individu lain, beberapa buah yang telah dibakar.

“Ia benar-benar huruhara,” tambah beliau.

Pengawas Souleymane Keita memberitah­u AFP melalui panggilan telefon bahawa satu “keadaan yang tenang tidak selamat” telah berlaku di kawasan tersebut kelmarin.

“Saya kehilangan segalagala­nya dalam sekelip mata,” menurut pentadbir kanan.

“Semua benda telah dirampas, termasuk peralatan dapur. Tiada apa-apa yang tinggal. Hari ini Kouroussa adalah seperti sebuah pekan berhantu.”

Pengawas tersebut tidak dapat menjawab soalan mengenai penjualan lombong berkenaan.

Negara Afrika Barat berbangga dengan sumber mineral yang ketara daripada berlian kepada emas, bauksit dan tembaga besi, namun ramai yang berdepan kemiskinan, terutama di kawasan luar bandar. — AFP

 ??  ?? BERTUNGKUS-LUMUS: Pasukan bomba meninggalk­an lokasi kebakaran yang sukar dikawal di kaki bukit Cape Town mercu tanda Table Mountain, kelmarin.
BERTUNGKUS-LUMUS: Pasukan bomba meninggalk­an lokasi kebakaran yang sukar dikawal di kaki bukit Cape Town mercu tanda Table Mountain, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia