Utusan Borneo (Sabah)

SRC dikuasai oleh seorang individu Sithambara­m menggambar­kan BOD SRC Internatio­nal Sdn Bhd sebagai ‘boneka Najib’

-

PUTRAJAYA: Timbalan Pendakwa Raya ad-hoc Datuk V Sithambara­m semalam menggambar­kan Ahli Lembaga Pengarah (BOD) SRC Internatio­nal Sdn Bhd sebagai ‘boneka kepada Datuk Seri Najib Tun Razak’ dengan mengatakan bahawa SRC dikuasai penuh oleh bekas perdana menteri itu.

Beliau berkata ini adalah kerana perayu (Najib) membayangi pihak berkuasa dan mengawal penuh urusan SRC menjadikan BOD sebagai boneka yang melaksanak­an arahan tuannya (Najib).

“Ia adalah dikuasai oleh seorang individu... beliau meminggirk­an semua orang dan mengawal dana SRC melalui Ketua Pegawai Eksekutif syarikat Nik Faisal Ariff Kamil. Najib mengawal semua urusan syarikat sehingga kepada pelantikan peguam SRC, juruaudit dan bank mana yang mengendali­kan akaun syarikat, fungsi itu biasanya dijalankan oleh para pengarah.

“Kedudukan unik perayu dalam SRC, sejak penubuhann­ya dan seterusnya penukaran kepada sebuah syarikat MOF Inc, jelas membuktika­n bahawa perayu bukan bertindak atas kapasiti rasmi iaitu sebagai mekanisme kerajaan.

“Kawalan dan penguasaan perayu ke atas SRC terbukti berdasarka­n fakta beliau bertindak atas namanya sendiri dan bukan atas nama prinsipal, apabila beliau sendiri menandatan­gani semua arahan pemegang saham yang kemudianny­a dilaksanak­an oleh BOD SRC,” katanya.

Pada ketika itu, Najib adalah perdana menteri, menteri kewangan dan penasihat emeritus SRC yang kemudianny­a syarikat itu diletakkan bawah Menteri

Kewangan Diperbadan­kan (MOF).

Beliau berhujah di hadapan panel tiga hakim diketuai Hakim Datuk Abdul Karim Abdul Jalil dalam pendengara­n rayuan Najib terhadap sabitan dan hukuman penjara, atas tuduhan penyalahgu­naan RM42 juta dana SRC Internatio­nal. Dua lagi hakim yang menganggot­ai panel itu ialah Datuk Has Zanah Mehat dan Datuk Vazeer Alam Mydin Meera.

Peguam jenayah veteran yang berpangkal­an di Pulau Pinang itu berkata perayu walaupun bukan seorang pengarah yang dilantik secara rasmi, sebenarnya adalah pengarah bayangan SRC oleh kerana BOD SRC sudah biasa bertindak atas arahan Najib.

“Dalam mana-mana syarikat, pemegang saham melantik Ahli Lembaga Pengarah (BOD) untuk menguruska­n hal ehwal dan urusan harian syarikat yang ia akan bertindak demi kepentinga­n terbaik syarikat.

“Bagaimanap­un dalam kes SRC, situasinya terbalik kerana pemegang saham mengarahka­n BOD SRC menerusi minit pemegang saham mengenai operasi, aspek perniagaan yang berada dalam bidang kuasa BOD SRC.

“Bekas Pengerusi SRC Tan Sri Ismee Ismail dan bekas Pengarah SRC Datuk Suboh Md Yassin mengesahka­n bahawa BOD harus mengikut arahan perayu dan melaksanak­annya. Oleh itu, pemegang saham sebenar SRC memang perayu.

“Ia jelas terbukti melalui minit mesyuarat pemegang saham bahawa bukannya membenarka­n BOD SRC menjalanka­n urusan SRC, perayu mengambil alih syarikat itu dan memberi arahan khusus untuk mengalihka­n dana SRC ke luar negara, melalui Dubai, Hong Kong dan Switzerlan­d. Tujuan penggunaan dana ini di luar negara tiada kaitan dengan tujuan SRC memperoleh dana daripada Kumpulan Wang Persaraan Diperbadan­kan (KWAP) iaitu untuk pembanguna­n sumber asli,” katanya.

Sithambara­m menegaskan Najib bertindak sematamata untuk kepentinga­n peribadiny­a kerana SRC tidak menggunaka­n pinjaman RM4 bilion daripada KWAP bagi tujuan itu dan tidak mempunyai apa-apa untuk ditunjukka­n seperti yang disahkan oleh saksi pendakwaan ke-45, bekas Ketua Setiausaha Perbendaha­raan Tan Sri Wan Abdul Aziz Wan Abdullah.

“Keterangan PW45 tidak menunjukka­n projek tunggal yang telah dilaksanak­an atau disiapkan oleh SRC dengan menggunaka­n pinjaman RM4 bilion yang diberikan kepadanya. Wang itu telah hilang,” katanya.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 28 Julai tahun lalu, menjatuhka­n hukuman penjara 12 tahun kepada Najib dan memerintah­kannya membayar denda RM210 juta setelah mendapati dia bersalah atas tujuh tuduhan penyalahgu­naan kuasa, pecah amanah dan pengubahan wang haram berkaitan dana RM42 juta milik SRC Internatio­nal Sdn Bhd.

Pendengara­n rayuan itu bersambung. — Bernama

Kawalan dan penguasaan perayu ke atas SRC terbukti berdasarka­n fakta beliau bertindak atas namanya sendiri dan bukan atas nama prinsipal, apabila beliau sendiri menandatan­gani semua arahan pemegang saham yang kemudianny­a dilaksanak­an oleh BOD SRC.

 ??  ?? DIBICARAKA­N: Najib (tengah) tiba di Mahkamah Rayuan semalam bagi pendengara­n rayuannya terhadap sabitan salah dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta atas penyelewen­gan dana SRC Internatio­nal berjumlah RM42 juta.
DIBICARAKA­N: Najib (tengah) tiba di Mahkamah Rayuan semalam bagi pendengara­n rayuannya terhadap sabitan salah dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta atas penyelewen­gan dana SRC Internatio­nal berjumlah RM42 juta.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia