Utusan Borneo (Sabah)

Dua lelaki didenda RM2,000 buat laporan palsu diragut

-

SUNGAI SIPUT: Dua lelaki masing-masing didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret di sini semalam selepas mengaku bersalah membuat laporan palsu kononnya mereka telah diragut.

Majistret Nurul Asyifa Redzuan turut memerintah­kan R. Kumaran, 41, dan B. Prasad Kumar, 33, dipenjara tiga bulan jika gagal membayar denda itu.

Kedua-dua tertuduh masing-masing didakwa dengan sengaja memberi pegawai penyiasat maklumat bertulis yang diketahuin­ya sebagai palsu dengan mengetahui ia mungkin menyebabka­n seorang penjawat awam menggunaka­n kuasanya yang sah di sisi undang-undang untuk melakukan perkara yang tidak sepatutnya dilakukan.

Kumaran yang bekerja sebagai buruh didakwa melakukan kesalahan itu di Pejabat Pegawai Penyiasat Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Sungai Siput (Utara) pada 12 tengah hari, 8 April manakala Prasad Kumar, pemandu lori, dituduh melakukan kesalahan itu di tempat sama pada 2.40 pagi, 10 April lepas.

Pertuduhan dikemukaka­n mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman denda maksimum RM2,000 atau penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Kumaran dan Prasad Kumar yang masingmasi­ng tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan atas alasan mereka menanggung ibu bapa yang uzur namun Timbalan Pendakwa Raya Jean Siow Chung Hwei memohon mahkamah menjatuhka­n hukuman setimpal sebagai pengajaran.

Mengikut fakta kes, Kumaran membuat laporan palsu kononnya telah diragut dua lelaki namun selepas ditemu bual dia mengaku membuat laporan itu untuk memberitah­u pihak pinjaman wang (Along) bahawa dia tidak dapat membayar pinjaman disebabkan telah diragut.

Prasad Kumar juga membuat laporan palsu diragut dua lelaki kerana takut dikenakan denda yang tinggi untuk mendapatka­n gantian kad pengenalan baharu selepas kad pengenalan serta lesen memandunya telah tercicir. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia