Utusan Borneo (Sabah)

Pusat data pertama Microsoft sedia perkhidmat­an awan diyakini dalam negara

-

PUTRAJAYA: Pusat data serantau Microsoft Corporatio­n yang pertama di Malaysia akan menyediaka­n perkhidmat­an awan yang diyakini dalam negara dengan tahap keselamata­n data dan privasi bertaraf dunia serta keupayaan menyimpan data di negara ini.

Pengarah Urusan Microsoft Malaysia K Raman berkata pusat data serantau yang akan ditempatka­n di Kuala Lumpur itu adalah gabungan tiga pusat data yang kesemuanya dihubungka­n kepada rangkaian latensi rendah dan mampu memberikan penyelesai­an awan yang terbaik kepada negara.

“Dengan pembinaan pusat data ini di Malaysia, kita membantu untuk menggalakk­an penggunaan awan dalam semua industri berbeza.

“Microsoft sebagai sebuah syarikat melihat potensi luas daripada kepelbagai­an rakyat Malaysia dan keupayaan kemahiran yang boleh kita bangunkan bersama-sama Malaysia untuk berkhidmat di kawasan ini,” katanya kepada pemberita selepas program Microsoft Bersama Malaysia di sini, semalam.

Acara itu dirasmikan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan kehadiran secara maya Naib Presiden Eksekutif dan Presiden Jualan, Pemasaran dan Operasi Global Microsoft Corp, Jean-Phillippe Courtois.

Raman berkata pusat data serantau itu adalah sebahagian daripada pusat data serantau global Microsoft yang akan dihubungka­n dengan 60 pusat data serantau di seluruh dunia.

“Projek untuk menubuhkan pusat data ini bukan sahaja untuk pasaran Malaysia, malah untuk seluruh dunia. Kami bekerjasam­a dengan kerajaan untuk menjadikan pusat data kami di sini sebagai sebuah pusat data serantau yang berkhidmat untuk Asia dan seluruh dunia,” katanya.

Beliau berkata pusat data baharu serantau itu akan menyediaka­n Zon Ketersedia­an Azure Microsoft, memberi daya tahan lebih kukuh bagi aplikasi yang sentiasa tersedia dan menyokong matlamat kelestaria­n Microsoft.

Ditanya mengenai penglibata­n Microsoft dalam rancangan kerajaan untuk memindahka­n 80 peratus daripada data awan kerajaan menjelang akhir 2022, Raman berkata mereka bekerjasam­a rapat dengan Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancanga­n Pengurusan Malaysia (MAMPU).

“Microsoft adalah antara penyedia perkhidmat­an awan yang dilantik kerajaan untuk menyokong inisiatif MyDigital (Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia). Buat masa ini, kami bekerjasam­a rapat dengan MAMPU untuk merancang 80 peratus pemindahan itu dengan teliti, menerusi bidang yang dapat disumbangk­an oleh Microsoft,” katanya.

Selain menubuhkan pusat data serantau di Malaysia, beliau berkata Microsoft juga berikrar untuk melatih sejuta rakyat Malaysia dengan kemahiran digital baharu menjelang 2023.

Secara keseluruha­n, beliau berkata pelaburan itu adalah sebahagian daripada inisiatif Bersama Microsoft yang mencermink­an komitmen bersama untuk menyokong aspirasi MyDigital di negara ini.

“Dengan lebih 200 kakitangan dan 2,000 rakan kerjasama di negara ini, kami akan terus menyokong kerajaan berkeupaya­an digital, memperkasa perniagaan untuk membina ketahanan digital dan merapatkan jurang peluang digital bagi rakyat Malaysia,” katanya. — Bernama

 ??  ?? KE ARAH ERA DIGITAL: Muhyiddin menerima sijil daripada K. Raman mengenai rancangan meningkatk­an kemahiran untuk 1 juta rakyat Malaysia mengenai perniagaan dalam era digital pada Pelancaran Microsoft Bersama Malaysia Global Event di sebuah hotel di Putrajaya, semalam.
KE ARAH ERA DIGITAL: Muhyiddin menerima sijil daripada K. Raman mengenai rancangan meningkatk­an kemahiran untuk 1 juta rakyat Malaysia mengenai perniagaan dalam era digital pada Pelancaran Microsoft Bersama Malaysia Global Event di sebuah hotel di Putrajaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia