Utusan Borneo (Sabah)

Pembiayaan Sarawak bagi projek SSLR perlu penjelasan Baru terkejut baca kenyataan Masing kerajaan GPS biayai projek itu kerana ia tidak seperti dimaklumka­n Fadillah pada Ogos 2020

-

KUCHING: Ahli Parlimen Selangau Baru Bian meminta Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Datuk Amar James menjelaska­n mengenai pembiayaan Kerajaan Sarawak bagi projek Rangkaian Jalan Sarawak-Sabah (SSLR).

Baru menerusi kenyataann­ya semalam berkata, beliau terkejut apabila membaca kenyataan Masing mengatakan kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) membiayai projek SSLR kerana ia tidak seperti dimaklumka­n Menteri Kanan Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof pada Ogos 2020.

“Jika benar, apa yang berlaku kepada dana lebih RM900 juta yang telah saya peruntukka­n untuk projek SSLR ketika saya menjadi menteri (kerja raya)? Adakah ia telah disalurkan untuk projek lain di Sarawak atau untuk projek di negeri lain di Malaysia?

“Dana ini sangat penting untuk Sarawak, seharusnya dibelanjak­an bagi membangunk­an infrastruk­tur kita, di banyak kawasan di Sarawak,” katanya yang juga bekas Menteri Kerja Raya.

Baru yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ba’Kelalan berkata, walaupun membiayai projek SSLR adalah hak prerogatif Kerajaan Sarawak, beliau keliru atas alasan peruntukan bagi projek berkenaan telahpun diberi oleh kerajaan persekutua­n.

Menurutnya SSLR sepanjang 425km dibangunka­n

Jika benar, apa yang berlaku kepada dana lebih RM900 juta yang telah saya peruntukka­n untuk projek SSLR ketika saya menjadi menteri (kerja raya)? Adakah ia telah disalurkan untuk projek lain di Sarawak atau untuk projek di negeri lain di Malaysia?

dalam dua fasa, dengan fasa pertama dari Lawas hingga Kampung Pa’Berunut dan fasa kedua dari Kampung Pa’Berunut ke Long Lama.

Tambahnya, fasa pertama projek berkenaan dianggarka­n bernilai RM1.2 bilion manakala fasa kedua RM4 bilion.

“Adakah Kerajaan Sarawak membiayai kos pelaksanaa­n kedua-dua fasa projek ini atau sebahagian daripada fasa ini,” soalnya.

Baru memetik pengumuman Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg ketika membentang­kan Belanjawan Negeri 2021 November tahun lalu, sebahagian daripada peruntukan perbelanja­an pembanguna­n, RM430 juta diperuntuk­kan bagi pembanguna­n Jalan Limbang-Lawas bukan SSLR.

Sehubungan itu beliau berharap Masing yang juga Menteri Infrastruk­tur dan Pembanguna­n Pelabuhan menjelaska­n kepada rakyat Sarawak jalan mana yang akan dibiayai kerajaan GPS bagi mengelak sebarang kekeliruan.

Pada masa sama beliau maju Menteri Kanan Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof memberi penjelasan mengenai perkara ini.

“Sebenarnya, saya telah melancarka­n projek ini pada November 2019 di Long Sebangang. Pada Ogos 2020 Menteri Kerja Raya ketika ini mengesahka­n projek itu akan dilanjutka­n.

“Sekiranya kerajaan persekutua­n PN (Perikatan Nasional) dan kerajaan PNGPS negeri telah membuat beberapa pilihan alternatif, mereka harus bersikap telus dan berkongsi perinciann­ya dengan kita,” katanya.

Baru turut mempersoal­kan kelewatan pembinaan fasa pertama SSLR kerana ketika beliau menjadi Menteri Kerja Raya, ia dijadual bermula April atau Mei 2020.

“Penduduk luar bandar telah menunggu lebih 50 tahun untuk jalan ini menjadi kenyataan dan kita mahukan penjelasan dan jawapan,” tambahnya.

Masing dipetik sebuah portal berita (Malay Mail) pada Ahad, kerajaan GPS menggunaka­n dana sendiri untuk membina projek SSLR yang telah diluluskan oleh kerajaan terdahulu di bawah Pakatan Harapan (PH).

“Namun, penyelaras­annya sedikit berbeza dengan dicadangka­n kerajaan PH sebelum ini kerana kita ingin memenuhi keperluan pembanguna­n luar bandar dan bandar,” katanya sebagai mengulas kenyataan Baru sebelum ini.

Masing menambah: “Tidak kira siapa kerajaan, kesinambun­gan pembanguna­n harus dilakukan, jika tidak, tiada kerajaan atau pelabur akan membuat perjanjian dengan kita jika tiada kesinambun­gan dalam rancangan pembanguna­n Malaysia.

“Tidak kira siapa pemerintah­nya, kesinambun­gan dalam pembanguna­n harus dilakukan, jika tidak, tidak ada kerajaan atau pelabur asing yang akan membuat perjanjian dengan kita, jika tidak ada kesinambun­gan dalam rancangan pembanguna­n Malaysia,” kata Masing.

KUCHING: Kompleks Kebajikan Anak Yatim Sibu telah ditukar nama kepada Kompleks Kebajikan Juma’ani Tuanku Haji Bujang Sibu menerusi platform strim secara langsung yang disempurna­kan semalam.

Ia sebagai penghormat­an kepada isteri Ketua Menteri Sarawak Datin Patinggi Datuk Amar Juma’ani Tuanku Bujang yang juga penaung Lembaga Kebajikan Anak-Anak Yatim Sarawak (PERYATIM) Sarawak.

“Majlis diadakan bertujuan memaklumka­n secara rasmi kepada masyarakat tentang penamaan baharu Kompleks

Kebajikan Juma’ani Tuanku Haji Bujang sebagai penghormat­an kepada beliau,” kata kenyataan itu.

Majlis pengisytih­aran nama kompleks turut disertai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nangka Dr Annuar Rapaee secara maya di Pejabat DUN Nangka Sibu.

Kompleks PERYATIM Sibu mula beroperasi pada Jun 2014 di Taman Desa Kemuyang, Jalan Kemuyang, Sibu.

Kompleks tersebut mempunyai sejumlah 61 anak yang terdiri daripada 30 anak lelaki dan 31 anak perempuan berusia sekitar 7 hingga 19 tahun.

Kompleks PERYATIM Sibu dipengerus­ikan oleh Ahli Lembaga PERYATIM Sarawak Datuk Mohamad Yusnar Matalie merangkap Pengerusi EXCO PERYATIM Sibu dan dikendalik­an Pengurus Cawangan Najilanisa Suhaili bersama 19 kakitangan yang lain.

Hadir sama menyaksika­n majlis bersejarah secara maya adalah Pengerusi PERYATIM Sarawak iaitu Datu Misnu Taha, ahli-ahli lembaga PERYATIM Sarawak serta Ketua Pegawai Eksekutif PERYATIM Sarawak Mohamad Salleh Hamden.

 ??  ?? TUKAR NAMA: Juma’ani menerusi platform strim secara langsung menyaksika­n pertukaran nama Kompleks Kebajikan Anak Yatim Sibu kepada Kompleks Kebajikan Juma’ani Tuanku Haji Bujang Sibu di kediaman beliau semalam.
TUKAR NAMA: Juma’ani menerusi platform strim secara langsung menyaksika­n pertukaran nama Kompleks Kebajikan Anak Yatim Sibu kepada Kompleks Kebajikan Juma’ani Tuanku Haji Bujang Sibu di kediaman beliau semalam.
 ??  ?? BARU
BARU

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia