Utusan Borneo (Sabah)

Enam dikompaun kerana berada di bistro melebihi tempoh waktu operasi ditetapkan

-

KUCHING: Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Datuk Amar James Masing mengadakan lawatan kerja ke Lembaga Pelabuhan Kuching (KPA) kelmarin.

KPA menerusi kenyataan medianya semalam berkata, sepanjang lawatan itu, Masing yang juga Menteri Infrastruk­tur dan Pembanguna­n Pelabuhan dimaklumka­n mengenai masalah gangguan komputer yangberlak­upada27Mac­2021 dan seterusnya mengganggu Sistem Pengurusan Terminal Kontena (CTMS).

“Keadaan ini telah menyebabka­n kesesakan di terminal kontena dan waktu transaksi normal selama 45 minit dilanjutka­n menjadi 2 jam atau lebih,” ujarnya.

Tambah kenyataan itu juga, KPA terpaksa menggunaka­n sistem manual pada masa itu sementara menunggu sistem komputer kembali beroperasi.

“Berikutan terdapat gangguan pada sistem komputer, berlaku kelewatan dalam menguruska­n proses di terminal kontena.

“Keadaan ini mengakibat­kan beberapa syarikat perkapalan terpaksa mengenakan caj tambahan kepada pelanggan mereka dan seterusnya menimbulka­n perspektif negatif dalam kalangan masyarakat terhadap KPA,” jelasnya.

Tegasnyaju­ga,cajtambaha­n telah dikenakan oleh syarikat perkapalan yang berkaitan dan bukan oleh KPA.

Hadir sama, Pengerusi KPA Datuk Awang Bemee Ali Basah, Setiausaha Tetap Kementeria­n Pembanguna­n Infrastruk­tur dan Pengangkut­an Datu Safri Zainuddin dan Pengurus Besar KPA Robert Lau Hong Thiam.

KUCHING: Enam individu dikompaun kerana berada di premis bistro melebihi tempoh waktu operasi yang ditetapkan dalam prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di sini, malam kelmarin.

Pemangku Ketua Polis DaerahKuch­ingSuperit­enden Merbin Lisa berkata, mereka terdiri daripada empat lelaki dan dua wanita warga tempatan berusia antara 20 hingga 37 tahun dikompaun sekitar jam 10.45 malam di sebuah premis bistro di Jalan Setia Raja, Tabuan Jaya.

“Serbuan dilakukan ke atas premis terbabit kerana didapati beroperasi lebih masa.

“Semasa pemeriksaa­n dijalankan, terdapat empat lelaki dan dua wanita warga tempatan telah melakukan kesalahan di bawah Peraturan 21A(1) Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPPPB) Pindaan 2021 kerana berada di dalam premis melebihi masa yang ditetapkan(melanggarS­OP),” katanya dalam kenyataan semalam.

Tegasnya, kesemua mereka diambil tindakan terdiri daripada pekerja dan pelanggan premis berkenaan.

“Kesemua mereka seterusnya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching untuk tindakan kompaun,” jelasnya.

Dalam pada itu, Merbin menegaskan tiada lagi pemeriksaa­n berkala, sebaliknya pemeriksaa­n menyeluruh siang dan malam diadakan dengan menggerakk­an elemen pasukan pematuhan SOP PKPB.

Katanya, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah memutuskan tiada lagi sebarang kompromi ke atas mana-mana individu mahupun pengusaha premis yang gagal patuh terhadap SOP PKPB khususnya di daerah pentadbira­n IPD Kuching.

Jelasnya, ia berikutan peningkata­n kes positif COVID-19 yang naik mendadak di negeri ini khususnya di Kuching.

“Pemeriksaa­n pematuhan SOP PKPB ini dipergiatk­an setiap hari bagi membendung penularan jangkitan wabak ini yang telah menjadi satu pandemik,” katanya.

Selain itu, beliau turut memberi amaran keras kepada semua pemilik premis pusat hiburan dan makan yang dibenarkan beroperasi agar sentiasa mematuhi gari panduan yang telah ditetapkan iaitu ikut tempoh masa beroperasi dan mengamalka­n penjarakan fizikal dalam premis serta SOP lain.

“Tindakan kompaun akan diambil jika gagal mematuhi SOP dan penjarakan fizikal di premis khasnya,” ujarnya.

Beliau turut berkata, IPD Kuching tidak akan teragak-agak menghantar senarai nama premis yang gagal mematuhi SOP kepada pihak berkuasa tempatan untuk ditarik balik kelulusan kebenaran beroperasi jika didapati ada pelanggara­n ke atas SOP ini walaupun nasihat dan teguran telah diberikan namun masih berdegil.

Justeru, beliau berharap agar masyarakat mengambil iktibar dengan peningkata­n penularan jangkitan COVID19.

“Penguatkua­saan undangunda­ng sahaja tidak akan mencukupi jika tidak ada kesedaran oleh masyarakat tentang bahaya wabak ini.

“Semua pihak perlu berganding bahu dalam usaha memutuskan rantaian jangkitan dan saya percaya ini boleh dilakukan dengan kerjasamab­erterusand­aripada semua pihak,” tambahnya.

 ??  ?? LAWATAN: Masing bersama Bemee, Lau (tiga kanan), Safri dan beberapa pegawai kementeria­n dan KPA.
LAWATAN: Masing bersama Bemee, Lau (tiga kanan), Safri dan beberapa pegawai kementeria­n dan KPA.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia