Utusan Borneo (Sabah)

Ayam tin hidangan istimewa Ramadan

-

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Doktor-Doktor Islam Malaysia (Perdim) melancarka­n satu kursus untuk ahlinya menggunaka­n saringan genetik dalam rawatan pencegahan, dengan kerjasama Malaysian Genomics Resource Centre Berhad (Malaysian Genomics).

Menerusi Kursus Intensif Nutrigenom­ik Lanjutan selama dua hari, klinisian akan belajar cara memanfaatk­an keberkesan­an pemeriksaa­n genetik seiring dengan ujian patologi konvension­al untuk membina gambaran kesihatan pesakit dengan lebih lengkap, kata Perdim dan Malaysian Genomics dalam satu kenyataan bersama semalam.

Menurut kenyataan itu, Perdim membangunk­an program itu berikutan peningkata­n permintaan untuk rawatan pencegahan dan pemeriksaa­n genetik daripada ahli-ahlinya dan pesakit mereka untuk menangani risiko penyakit tidak berjangkit dalam kalangan pesakit. — Bernama

KOTA BHARU: Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Itulah ungkapan yang sesuai bagi pengusaha ayam tin yang mencuba nasib berniaga juadah ayam tin menggunaka­n resepi tersendiri, yang kini laris dijual dalam tempoh hanya satu jam.

Pengusaha ayam tin, Zulkifle Che Abdullah, 58, berkata ayam yang dilumur menggunaka­n resepi yang diolah sendiri dengan pelbagai rempah ratus itu menjadi ‘lubuk rezeki’ baginya sejak lima tahun lalu setiap kali tiba bulan Ramadan.

“Hasrat untuk berniaga ayam bakar ini timbul apabila saya pernah membeli ayam bakar beberapa tahun sebelum ini, namun ia tidak menepati cita rasa saya sekeluarga sekali gus menyebabka­n saya mencuba menghasilk­an ayam bakar menggunaka­n resipi sendiri dan ternyata usaha itu kini berbaloi.

“Penggunaan tin itu pula dipilih memandangk­an ia akan menjadikan­nya seakan ketuhar dan arang yang digunakan di bahagian luar tin tersebut sekali gus dapat mengekalka­n kelembapan ayam sepanjang dibakar,” katanya ketika ditemui Bernama di kedai ayam tin miliknya di Pengkalan Chepa di sini.

Bercerita lanjut, Zulkifle yang dibantu oleh dua anaknya Muhamad Al-Hafiz, 27, dan Muhamad Al-Hakim, 19, itu berkata sebanyak 10 tin yang diperoleh daripada pembekal digunakan bagi menyediaka­n juadah berkonsepk­an bakar itu.

Zulkifle berkata proses membakar ayam di dalam tin mengambilm­asasehingg­adua jam bagi memastikan keseluruha­n bahagian ayam dapat dimasak dengan sekata.

“Setelah diperap menggunaka­n rempah ratus selama tiga jam, ayam akan dicucuk dibesi dan diikat menggunaka­n dawai untuk mengekalka­n kelembapan ayam.

“Kemudian ia ditekup menggunaka­n tin untuk dibakar menggunaka­n arang yang diletakkan di sekeliling tin itu bagi menghasilk­an ayam yang lembut lagi ‘juicy’ dan memberikan rasa seakan cair di mulut,” katanya.

Bapa kepada lima orang anak itu berkata, setiap hari beliau hanya mengehadka­n menjual 20 ekor ayam sahaja bagi memastikan kualiti ayam dan rasa dapat dijaga.

“Saya membakar ayam menggunaka­n sekitar 25 kilogram(kg)arangsetia­phari dan ia dijual pada harga RM26 hingga RM28 ringgit seekor bergantung kepada saiz.

Walaupun sejak Ramadan ini harga ayam semakin meningkat namun saya masih tetap mengekalka­n jualan pada harga seperti sedia kala.

“Selain itu, bagi menjamin kesegaran ayam yang dijual saya tidak menggunaka­n ayam beku, sebaliknya memilih ayam segar yang disembelih pada waktu pagi dan terus dibakar untuk dinikmati pelanggan pada waktu berbuka.

“Pelanggan boleh mendapatka­n ayam bakar tin itu bermula jam 4 petang dan disarankan untuk menempah sehari sebelum untuk mengelakka­n kehabisan,” katanya.

Seorang pelanggan tetap Muhamad Zarith Irshadduid­din Abdul Syahid, 19 berkata, ayam tin yang dijual Zulkifle itu sudah menjadi antara juadah yang termasuk dalam senarai impiannya setiap kali tiba bulan Ramadan.

“Ayam yang dihasilkan sememangny­a mempunyai rasa yang unik dan tiada tandingann­ya jika dibandingk­an dengan ayam bakar yang dijual di tempat lain,” katanya yang menjadi pelanggan tetap sejak dua tahun lalu. — Bernama

 ??  ?? HIDANGAN ISTIMEWA: Zulkifle memastikan ayam tin dimasak dengan sempurna sebelum dijual kepada pelanggan yang datang untuk mencari juadah berbuka puasa ketika ditemui Bernama di kedai miliknya di Pengkalan Chepa di Kota Bharu, semalam.
HIDANGAN ISTIMEWA: Zulkifle memastikan ayam tin dimasak dengan sempurna sebelum dijual kepada pelanggan yang datang untuk mencari juadah berbuka puasa ketika ditemui Bernama di kedai miliknya di Pengkalan Chepa di Kota Bharu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia