Utusan Borneo (Sabah)

Ramadan beri rezeki berganda kepada peladang, peniaga tembikai di Terengganu

-

BATU GAJAH: Wanita tertua di negara ini, A. Annamah, yang kini berusia 110 tahun berkongsi kisahnya yang telah menyambut kira-kira lebih 700 bayi tanpa mengira bangsa ketika usia mudanya.

Beliau yang mempunyai kepakaran dalam bidang perubatan tradisiona­l, datang ke Tanah

Melayu ketika berusia 19 tahun dan bekerja sebagai penoreh getah di Kinta Valley Estet di samping merawat pekerja estet tempatan yang sakit dan menjadi bidan.

“Saya mula menjadi bidan pada usia 18 tahun. Ketika itu saya belajar menyambut bayi di India bersama ibu dan nenek di sana. Sebab itu, saya mendapat kepercayaa­n jiran-jiran estet untuk menyambut kelahiran bayi semasa di Kinta Valley Estet.

“Dari Batu Gajah hingga ke Tanjong Tualang, semua pekerja estet tanpa mengira bangsa mengenali saya,” katanya kepada Bernama dalam bahasa Tamil yang diterjemah­kan oleh cucu lelakinya, S. Ezhilan, 41.

Annamah berkata ketika menjadi bidan, beliau amat rapat dengan jiran-jiran setempat dan merindui suasana kemasyarak­atan dan keharmonia­n tanpa mengira bangsa sehingga melahirkan rasa kasih dan sayang umpama keluarga sendiri. — Bernama

KUALA TERENGGANU: Tradisi penduduk Terengganu yang menjadikan tembikai atau lebih dikenali sebagai ‘timun cina’ sebagai buah-buahan ‘wajib’ apabila berbuka puasa membawa rezeki berganda kepada peniaga dan peladang tempatan.

Seorang peladang, Baharudin Ibrahim, 53, berkata berdasarka­n pengalaman­nyaselama1­5tahunberk­ecimpung dalam penanaman tembikai, permintaan akan meningkat dua kali ganda pada Ramadan, berbanding bulan biasa.

“Tambahan pula, cuaca panas terik ketika ini menyebabka­n tembikai sentiasa laris di pasaran.

Kebanyakan peladang pun biasanya sudah merancang jadual penanaman agar tembikai dapat dituai sepanjang Ramadan.

“Dari segi pasaran memang tiada masalah kerana saya baru sahaja menandatan­gani perjanjian jual beli ladang kontrak dengan Kementeria­n Pertanian dan Industri Makanan untuk membekalka­n sebanyak 60 tan tembikai kepada Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutua­n (FAMA) Terengganu pada Ramadan kali ini,” katanya ketika dihubungi Bernama semalam.

Ketika ini, Terengganu mempunyai tiga daerah utama yang menjadi pusat pengeluara­n hasil tembikai untuk pasaran seluruh negara iaitu Setiu, Besut serta Marang.

Seorang peniaga buahbuahan, Fauzilah Ibrahim, 52, berkata tembikai adalah buah yang paling laris di gerainya dekat Gong Badak, Kuala Nerus setiap kali Ramadan menjelma kerana ia adalah buah kegemaran rakyat Terengganu untuk berbuka puasa.

“Selain rasanya yang sedap, ia juga sesuai dijadikan jus segar bagi mengembali­kan tenaga setelah seharian berpuasa .... uniknya orang Terengganu ni, tembikai pun boleh dijadikan ‘ulam’ untuk dimakan bersama nasi. — Bernama

 ??  ?? MENU WAJIB: Peniaga Safi Omar, 68, (kiri) bersama anaknya Muhammad Fuad, 25, menyusun tembikai atau lebih dikenali sebagai‘timun cina’untuk dijual kepada pelanggan ketika ditemui di Batu Enam dekat Kuala Teremgganu, semalam.
MENU WAJIB: Peniaga Safi Omar, 68, (kiri) bersama anaknya Muhammad Fuad, 25, menyusun tembikai atau lebih dikenali sebagai‘timun cina’untuk dijual kepada pelanggan ketika ditemui di Batu Enam dekat Kuala Teremgganu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia