Utusan Borneo (Sabah)

Real beri harapan buat Atletico memburu kejuaraan La Liga Sepanyol

-

LONDON: Leicester City melangkah ke final Piala FA Inggeris buat kali pertama dalam tempoh 52 tahun selepas gol tunggal Kelechi Iheanacho memastikan kemenangan 1-0 ke atas Southampto­n di hadapan 4,000 penyokong di Stadium Wembley pada Ahad.

Jumlah penonton terbesar untuk satu perlawanan bola sepak di England dalam tempoh 13 bulan itu adalah terdiri dari pekerja dan penduduk tempatan sebagai sebahagian dari ujian kejohanan untuk kehadiran semula penonton dalam jumlah yang besar dalam beberapa minggu akan datang.

Sejumlah 8,000 penonton akan hadir di Wembley Ahad ini untuk final Piala Liga Inggeris di antara Manchester City dan Tottenham Hotspur sementara 21,000 penonton akan hadir untuk final Piala FA apabila Leicester City menentang Chelsea pada 15 Me.

“Walaupun hanya ada 4,000 penonton, ia satu suasana yang hebat,” kata pengurus Leicester, Brendan Rodgers.

“Ia pastinya hebat apabila kita dapat melihat penonton kembali ke stadium. Saya ada mendengar beberapa penyokong Leicester turut hadir dan ia benar-benar menarik.

“Kami mempunyai peluang untuk mencipta sejarah. Ia adalah apa yang menarik tentang sukan ini, mencipta kenangan. Saya menyedari bahawa sejak saya berada di Leicester, trofi ini adalah sangat penting kepada penyokong.”

Tiada apa yang menarik dalam padang bagi peminat berkecuali bola sepak ketika Leicester bergelut menjinakka­n Southampto­n, yang hanya bergantung kepada pertanding­an piala untuk menyelamat­kan musim mereka.

Southampto­n, yang dibimbing Ralph Hasenhuttl, hanya menang dua dari 14 perlawanan liga terakhir sejak kedua-dua pasukan bertemu pada bulan Januari lepas.

“Kami meninggalk­an segala-galanya dalam padang hari ini tetapi kami tidak mempunyai peluang baik ke pintu gol,” kata Hasenhuttl, dengan fokus utama mereka kini ialah untuk mengelak penyingkir­an dari Liga Perdana Inggeris.

Leicester ternyata pasukan yang lebih baik sepanjang permainan tetapi mereka gagal menguji penjaga gol Fraser Forster sebelum rehat apabila rembatan Jamie Vardy melambung tinggi sebelum tandukan Wilfried Ndidi juga tidak menepati sasaran.

Gol kemenangan hadir 10 minit selepas rehat apabila kepantasan Vardy menyebabka­n Jan Bednarek ketinggala­n jauh dan hantaran beliau pada awalnya gagal dirembat kemas Iheanacho tetapi bola muntah bagaimanap­un berjaya disempurna­kan untuk gol ke-12 beliau musim ini.

“FA menyukai saya dan saya juga menyukai Piala FA,” kata Iheanacho. “Saya menonton Piala FA ketika kecil dan sekarang saya mempunyai peluang bermain di final. Ia satu impian yang besar bagi saya.”

Pemain gantian Leicester, James Maddison, mempunyai dua peluang untuk menamatkan saingan Southampto­n tetapi penyudahny­a hambar.

Namun Southampto­n tidak kelihatan mampu untuk mencari gol penyamaan ketika Leicester bertahan selesa untuk mengintai peluang memenangi trofi Piala FA buat kali pertama dalam sejarah mereka. — AFP

MADRID: Real Madrid memberikan harapan besar kepada Atletico Madrid untuk memburu kejuaraan La Liga Sepanyol selepas seri tanpa jaringan dengan Getafe pada Ahad.

Atletico membelasah Eibar 5-0 untuk mengembali­kan saingan kejuaraan liga dan kemenangan mereka terbukti berharga apabila Real Madrid diikat tanpa jaringan di Coliseum Alfonso Perez.

Ini bermakna Atletico mengekalka­n kelebihan di tangga teratas liga dengan kelebihan tiga mata berbanding Real Madrid sementara Barcelona, yang kurang satu perlawanan selepas memenangi Copa del Rey pada Sabtu, kurang lima mata di belakang.

Sevillamun­gkinmasihb­oleh bersaing selepas menewaskan Real Sociedad 2-1 tetapi mereka kurang enam mata di belakang Atletico.

Real Madrid mengharung­i dua minggu hebat selepas menewaskan Barcelona minggu lepas, di antara menyingkir­kan Liverpool di peringkat suku akhir Liga Juara-Juara.

Tetapi kecederaan dan ketiadaan pemain kerana COVID-19 melemahkan skuad Real dan perlawanan menentang Getafe jelas memberi kesan kepada mereka.

Jurulatih Real, Zinedine Zidane hanya mempunyai 13 pemain senior berpengala­man untuk dibawa ke Getafe dan masih membuat keputusan beliau harus merehatkan Toni Kroos dan Karim Benzema, yang bermula di bangku simpanan.

Sergio Ramos, Ferland Mendy dan Lucas Vazquez masih merawati kecederaan sementara Eden Hazard dan Dani Carvajal belum bersedia sepenuhnya untuk kembali beraksi.

Nacho Fernandez dan Casemiro digantung perlawanan sementara Raphael Varane dan Fede Valverde tidak dapat beraksi kerana positif COVID-19.

Ini bermakna Zidane menurunkan hanya tiga pemain senior di benteng pertahanan, dengan pemain berusia 21 tahun, Victor Chust, diberikan penampilan kesebelasa­n utama yang pertama dalam liga di posisi pertahanan tengah dan Alvaro Odriozola diturunkan di pertahanan kanan.

Benzema dan Kroos dimasukkan selepas rehat tetapi kedua-dua pemain gagal mengubah nasib Real, yang berharap pemainnya kembali cergas untuk perlawanan menentang Cadiz pada Rabu ini.

Perlawanan separuh akhir pertama Liga Juara-Juara menentang Chelsea juga kurang sembilan hari lagi.

Ia mewakili sedikit perubahan rentak selepas memenangi empat dari 11 perlawanan liga yang menyaksika­n kelebihan 10 mata Atletico Madrid di tangga teratas pada bulan Februari, berjaya dikurangka­n kepada hanya satu sebelum perlawanan hujung minggu lepas.

Tetapi kemenangan besar ke atas Eibar di Stadium Wanda Metropolit­ano mungkin terbukti mengembali­kan prestasi Atletico.

Masalah Atletico diburukkan lagi dengan kecederaan penyerang sensasinya, Luis Suarez awal bulan ini tetapi Marcos Llorente dan Angel Correa mengisi kekosongan dengan baik apabila masing-masing menjaringk­an gol di antara gol Yannick Carrasco ketika Atletico mendahului 3-0 pada masa rehat.

Ia adalah kali pertama Atletico menjaringk­an lima gol sejak membelasah Cadiz pada bulan September lepas.

Eibar, yang kekal di tangga tercorot, mungkin lawan yang sempurna untuk memulakan kebangkita­n Atletico tetapi perlawanan menentang Huesca, Athletic Bilbao dan Elche selepas ini seharusnya menawarkan Atletico peluang untuk mengembali­kan keyakinan menjelang kunjungan ke Barcelona pada 8 Mei.

Atletico menjaringk­an empat gol dalam 11 minit dengan Correa menjaringk­an gol pada minit ke-42 dan 44 dan Carrasco kemudian menjaringk­an gol empat minit selepas rehat dan gol kedua peribadi pada minit ke-54 sebelum Llorente melengkapk­an jaringan.

Getafe hampir membuka jaringan dalam separuh masa pertama menentang Real Madrid apabila tandukan Jaime Mata terkena palang sementara Real juga mempunyai peluang tetapi tandukan Mariano Diaz sempat dikeluarka­n sebelum melepasi garisan gol.

Real terus bergelut mencari rentak selepas rehat dan kemasukan Benzema dan Kroos juga tidak memberikan kelebihan kepada mereka.

Pada perlawanan lain, Sevilla bangkit dari ketinggala­n untuk terus bersaing dengan tiga pasukan di hadapannya.

Carlos Fernandez meletakkan Sociedad di hadapan seawal minit kelima tetapi gol dari Fernando dan Youssef En-Nesyri memastikan kemenangan ketiga berturuttu­rut Sevilla. — AFP

 ??  ?? RAI: Yannick (kiri) meraikan gol kemenangan bersama rakan sepasukann­ya pada perlawanan La Liga Sepanyol di antara Club Atletico de Madrid dan SD Eibar di stadium Wanda Metropolit­ano di Madrid, kelmarin.
RAI: Yannick (kiri) meraikan gol kemenangan bersama rakan sepasukann­ya pada perlawanan La Liga Sepanyol di antara Club Atletico de Madrid dan SD Eibar di stadium Wanda Metropolit­ano di Madrid, kelmarin.
 ??  ?? LEDAK: Iheanacho (kiri) menjaringk­an gol pada perlawanan separuh akhir Piala FA Inggeris di antara Leicester City dan Southampto­n di Stadium Wembley, kelmarin.
LEDAK: Iheanacho (kiri) menjaringk­an gol pada perlawanan separuh akhir Piala FA Inggeris di antara Leicester City dan Southampto­n di Stadium Wembley, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia