Utusan Borneo (Sabah)

Suntikan vaksin bantu Harimau Malaya fokus beraksi di UAE

-

MELAKA: Ketua Jurulatih Selangor FC, Karsten Neitzel mengingatk­an pasukannya agar terus mengekalka­n momentum setelah meraih kemenangan 3-2 ke atas Melaka United di Stadium Hang Jebat, Krubong di sini, malam tadi.

Meskipun ketinggala­n dua gol pada babak pertama dan kedua, Neitzel tetap memuji semangat kental anak buahnya yang tidak berhenti mencuba dan mencipta peluang untuk mengalahka­n skuad tuan rumah sehingga wisel penamat ditiupkan.

Bercakap kepada pemberita selepas perlawanan itu, Neitzel mengakui beliau sangat berpuas hati setelah pasukan bimbingann­ya itu berjaya memperoleh tiga mata penuh untuk memastikan pasukannya terus mendaki kedudukan tertinggi liga.

“Kedua-dua pasukan bermain dengan sebaik mungkin, pasukan tuan rumah memberi tentangan hebat buat kami, peluangnya 5050 tetapi pemain kami tidak menyerah kalah dan bermain dengan lebih konsisten pada babak kedua untuk memberi tekanan kepada tuan rumah.

“Kami mempunyai pemain pengganti yang bagus malam ini, tetapi apa yang lebih penting adalah kerjasama pasukan, mereka tetap fokus hingga ke akhir perlawanan,” katanya pada sidang media di sini, malam tadi.

Pada pertemuan malam tadi, Melaka United mendahului pelawanan menerusi gol dijaringka­n penyerang import dari Montenegro, Stefan Nikolic pada masa tambahan babak pertama sebelum The Red Giants menyamakan kedudukan pada minit keenam pada babak kedua.

Skuad bimbingan Zainal Abidin Hassan itu sekali lagi mendahului melalui jaringan oleh Ahmad Syamim Yahya pada minit ke-58, tetapi Selangor sekali lagi mengejar dengan gol penyamaan Ifedayo pada minit ke-70 sebelum mengutip tiga mata penuh menerusi gol kemenangan Muhammad Syahmi Safari pada minit ke-88.

Sementara itu, Ketua Jurulatih Melaka United FC Zainal Abidin Hassan ternyata kecewa dengan kekalahan kedua berturut-turut pasukan itu di laman sendiri dan katanya kecuaian pada babak akhir permainan mengundang padah kepada pasukannya. — Bernama

PUTRAJAYA: Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin merupakan individu pertama daripada badan induk sukan berkenaan yang menerima dos pertama suntikan vaksin COVID-19, di Dewan Seri Seroja di sini, semalam.

Ketua Jurulatih Tan Cheng Hoe dan kapten pasukan Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak juga antara 78 individu terawal daripada FAM yang menerima suntikan vaksin di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Kementeria­n Belia dan Sukan (KBS), hari ini.

KUALA LUMPUR: Ketua jurulatih Penang FC Tomas Trucha menghargai 16 mata yang dikutip anak buahnya untuk berada di tangga keempat selepas sembilan perlawanan dan bukannya merintih peluang yang terlepas.

Pendatang baharu Liga Super 2021, boleh menduduki tempat kedua, empat mata di belakang juara bertahan, Johor Darul Ta’zim (JDT) sekiranya mereka mengalahka­n Petaling Jaya (PJ) City FC, malam tetapi terikat 1-1.

“Kita harus hargai di mana kita berada, kita pendatang baharu, pasukan baharu, setiap permainan penting bagi kami. PJ City bermain dengan baik, kami perlu menghormat­i cara mereka bermain dan setiap mata adalah penting bagi kami… Malam ini (Malam tadi) kami tidak layak menang.

“Situasinya adalah untuk permainan lain dan permainan yang lain lagi, jadi kami berada di mana kedudukan kami (keempat) sebelum ini, tetapi kami melakukan perkara yang betul,” katanya selepas tamat perlawanan di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, tengah malam kelmarin.

Tomas, yang mengakui Harimau Kumbang akan berada di kedudukan lebih baik jika mereka berjaya menewaskan PJ City FC malam tadi, juga memuji penyerang import dari Brazil, Casagrande yang menanduk gol penyamaan pada minit ke-48, selepas menggantik­an V. Ruventhira­n meletakkan Phoenix di depan pada minit ke-39.

Sementara itu, ketua jurulatih PJ City FC, P. Maniam yang memasukkan Ruventhira­n

Kumpulan penerima vaksin yang terlibat dalam program imunisasi berkenaan terdiri daripada pemain dan pegawai skuad bola sepak kebangsaan.

Pemain lain yang dilihat hadir menerima suntikan vaksin COVID-19, termasuk dua pemain dari Johor Darul Ta’zim (JDT) iaitu Mohd Farizal Marlias dan Muhammad Syafiq Ahmad serta pemain Perak FC iaitu Mohd Shahrul Mohd Saad dan pemain naturalisa­si kebangsaan Guilherme De Paula.

Setiausaha Agung FAM Stuart Ramalingam, Pengurus Pasukan Datuk Mohd

seawal minit ketiga bagi menggantik­an D. Kugan yang cedera, memuji kerja keras pemain berusia 19 tahun itu.

“Dia telah bermain lima perlawanan dan telah menimba pengalaman yang baik pada usia muda. Dia mahu bermain, kami berinya peluang dan dia bekerja keras… Ini sesuatu yang baik untuk pemain muda dan semoga dia berjaya pada perlawanan akan datang,” katanya.

Mengulas mengenai perlawanan itu, Maniam juga berpuas hati dengan semangat juang anak buahnya, tekad dan prestasi keseluruha­n walaupun terpaksa berkongsi mata.

“Kami bermain dengan sangat baik terutama pada babak pertama apabila kami berjaya masuk ke kawasan (serangan) sebanyak 17 kali, berbanding tujuh kali bagi Penang FC. Serangan dan build up kami bagus, tetapi kami hilang fokus dalam beberapa minit pertama selepas rehat dan Penang menghukum kami.

“Penang adalah pasukan yang baik, bermain dengan baik untuk pengendali­nya dan bekerja keras, banyak perkara positif dimiliki pasukan itu. Bukan mudah untuk menentang mereka yang diwakili pemain tempatan sepenuhnya. Kami masih berjaya memberi tentangan dan kami tidak dibolosi empat atau lima-kosong,” kata Maniam.

Penang FC dijadual berdepan Sri Pahang FC di Stadium Bandaraya pada Sabtu ini, manakala PJ City akan bertemu jiran terdekat UiTM FC di Stadium UiTM, Shah Alam. — Bernama

Yusoff Mahadi dan Pengarah Teknikal FAM Datuk Ong Kim Swee turut hadir ke program berkenaan.

Suntikan berkenaan pastinya melegakan pemain dan pegawai FAM menjelang pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada Jun depan.

Sementara itu, Hamidin berpuas hati terhadap perjalanan program suntikan hari ini dan sangat menghargai bantuan daripada Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba

PUTRAJAYA: Suntikan vaksin diterima skuad Harimau Malaya dapat membantu mereka untuk memberi tumpuan sepenuhnya, pada aksi pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Emiriah Arab Bersatu (UAE), Jun depan.

Kapten pasukan, Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak yakin suntikan berkenaan juga mampu menghilang­kan rasa takut para pemain terhadap ancaman COVID-19, masih melanda dunia ketika ini.

“Saya harap mereka lebih yakin dan tidak takut akan ancaman COVID-19, saya rasa bila cucuk (suntik) tadi pun tidak rasa sakit sangat macam ambil BCG (Bacillus Calmette-Guerin), dan Alhamdulil­lah ketika ini tidak rasa apa-apa,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menerima dos pertama dan Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin dalam memastikan kem Harimau Malaya menerima suntikan vaksin dengan segera.

“Saya tengok SOP (prosedur operasi standard) program agak ketat...tak sakit pun bila cucuk tadi, pemain dan pegawai pun beri reaksi sama,” katanya kepada pemberita.

Dalam pada itu, Hamidin memaklumka­n bahawa lebih 40 pemain dan pegawai telah menerima suntikan dos pertama hari ini manakala baki yang terlibat dijangka suntikan vaksin COVID-19 di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, bersama lebih 40 pemain dan pegawai Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang lain di Dewan Seri Seroja di sini semalam.

Dalam pada itu, tonggak pertahanan Johor Darul Ta’zim (JDT) itu mengakui, pada mulanya gusar untuk menjalani suntikan selepas mendengar berita mengenai 40 kakitangan Kementeria­n Kesihatan (KKM) yang selesai menjalani proses vaksinasi dengan menerima dua dos suntikan, dikesan dijangkiti COVID-19 baru-baru ini.

Namun, Aidil Zafuan, yang menerima suntikan vaksin Pfizer-BioNTech itu, mampu menarik nafas lega selepas dia dan rakan sepasukann­ya yang lain mendengar penerangan lanjut, daripada disuntik pada Khamis ini di lokasi sama.

“Mereka tidak hadir atas sebab-sebab tertentu...suntikan dos kedua pula dijangka pada 10 Mei depan,” katanya.

Katanya, pemain yang sedang bermain di luar negara termasuk penyerang muda sensasi negara yang mewakili kelab Belgium, KV Kortrijk, Luqman Hakim Shamsudin, pemain kelab Chonburi FC (Thailand) Junior Edstal dan pemain naturalisa­si negara yang kini beraksi di Australia bersama Newcastle Jets, Liridon Krasniqi tidak menerima vaksin di sini dan pegawai perubatan dalam program itu.

“Rakan-rakan lain pun agak risau, tetapi selepas kita tengok cara suntikan dilakukan saya rasa tiada masalah untuk berasa was-was, sama ada vaksin ini bagus atau tidak,” tambahnya.

Pemain berpengala­man berusia 33 tahun itu juga, berterima kasih kepada Kementeria­n Belia dan Sukan (KBS) kerana memberi keutamaan kepada skuad bola sepak kebangsaan, untuk menerima suntikan vaksin.

Sementara itu, ketua jurulatih Tan Cheng Hoe menyifatka­n, suntikan vaksin memberi banyak faedah terutamany­a dalam menangkis kerisauan terhadap aspek kesihatan dan keselamata­n kepada pasukannya, seterusnya kekal fokus terhadap persediaan kempen di UAE akan terus ke UAE sekiranya terpilih kelak.

Malaysia akan menentang tuan rumah UAE pada 3 Jun, sebelum berdepan Vietnam (11 Jun) dan Thailand (15 Jun) dalam perebutan gelaran juara Kumpulan G untuk memburu slot automatik ke pusingan akhir Piala Asia 2023 sekali gus mara ke pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2022.

Skuad kebangsaan sebelum itu dijangka menghadapi dua aksi persahabat­an menentang Kuwait (23 Mei) sebelum menentang pasukan kebangsaan Bahrain pada 28 Mei. — Bernama nanti.

Skuad Harimau Malaya dijangka menerima suntikan dos kedua pada 10 Mei depan, sebelum berhimpun pada 16 Mei untuk menjalani kem latihan pusat dan dijadualka­n berlepas ke UAE, 20 Mei depan.

Malaysia akan menentang tuan rumah UAE pada 3 Jun, sebelum berdepan Vietnam (11 Jun) dan Thailand (15 Jun) dalam perebutan gelaran juara Kumpulan G, bagi memburu slot automatik ke pusingan akhir Piala Asia 2023 sekali gus mara ke pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2022.

Skuad kebangsaan sebelum itu dijangka menghadapi dua aksi persahabat­an menentang Kuwait (23 Mei) sebelum menentang pasukan kebangsaan Bahrain pada 28 Mei. — Bernama

 ??  ?? SUDAH DIVAKSIN: Sebahagian pemain pasukan Harimau Malaya menerima vaksin di bawah Program Imunisasi COVID-19 semalam.
SUDAH DIVAKSIN: Sebahagian pemain pasukan Harimau Malaya menerima vaksin di bawah Program Imunisasi COVID-19 semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia