Utusan Borneo (Sabah)

PKK Tawau keluarkan 46 kompaun gagal patuhi SOP COVID-19

- Oleh Hamzah Sanudin

TAWAU: Pejabat Kesihatan Kawasan (PKK) Tawau sudah mengeluark­an sebanyak 46 kompaun atas kesalahan gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 sepanjang dua bulan ini.

Pegawai Kesihatan Kawasan Tawau

Dr.G.Navindran berkata, banyak kesalahan yang dikesan termasukla­h restoran yang masih membenarka­n orang ramai makan di dalam premis dan berkumpul tanpa penjarakan fizikal.

“Ada beberapa kompaun yang kita kenakan paling maksimum iaitu RM10,000 terhadap kesalahan tertentu, namun PKK

Tawau masih memberikan penguranga­n bayaran dengan bersyarat.

“Mereka yang dikenakan kompaun untuk kali pertama masih boleh membuat rayuan untuk diberikan penguranga­n bayaran kompaun berkenaan,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa ditemui dalam program vaksinasi fasa kedua, di daerah ini, semalam.

Katanya, penguranga­n harga sehingga 50 peratus ditawarkan kepada mereka yang mahu membayar kompaun berkenaan sebelum 48 jam.

“Sekiranya bayaran dibuat selepas tempoh itu atau kesalahan kali kedua, kompaun itu perlu dibayar mengikut jumlah yang dikenakan,” katanya.

Mengulas mengenai program vaksinasi itu, katanya, PKK Tawau sudah mula memberikan kepada warga emas yang awal mendaftar di MySejahter­a.

“Dalam senarai kita, hampir 5,000 golongan warga emas yang sudah mendaftar untuk menerima suntikan vaksin fasa kedua.

“Namun, memandangk­an hari pertama dijalankan hari ini, PKK Tawau hanya memberikan untuk 220 orang sahaja supaya tidak berlakunya keadaan kelam kabut,” katanya.

Menurutnya, pihaknya masih mengharapk­an lebih ramai lagi golongan warga emas untuk mendaftar supaya mereka dapat menerimany­a lebih awal.

“Tidak perlu risau kerana setiap individu yang diberikan suntikan ini akan ditemu duga dan menjalani pemeriksaa­n daripada doktor dahulu.

“Golongan warga emas yang mempunyai masalah kesihatan digalakkan untuk membawa ubat yang mereka dimakan bagi memudahkan pemeriksaa­n sebelum suntikan diberikan,” katanya.

 ??  ?? VAKSINASI: Navindran (tiga kanan) bersama kakitangan Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) yang bertugas.
VAKSINASI: Navindran (tiga kanan) bersama kakitangan Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) yang bertugas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia