Utusan Borneo (Sabah)

Seorang maut, suspek bakar rumah kritikal

- Oleh Yusop Teppo

BELURAN: Seorang lelaki maut akibat terbakar dalam kebakaran dipercayai berpunca daripada suspek yang turut sama cedera parah dalam kejadian itu.

Polis menerima laporan daripada seorang penolong pengurus ladang di Beluran berkaitan dengan satu kebakaran di rumah kongsi pekerja ladang terbabit.

Ketua Polis Daerah Beluran Superinten­dan Kasim Muda berkata, maklumat kejadian itu diterima kira-kira jam 1.02 petang pada Ahad.

Beliau berkata, mangsa berumur 29 tahun meninggal dunia semasa menerima rawatan di Hospital Duchess Of Kent Sandakan.

“Suspek, 34, seorang lelaki masih menerima rawatan di hospital sama dan dilaporkan dalam keadaan kritikal,” katanya.

Beliauberk­ata,siasatanaw­al mendapati suspek seorang pekerja ladang warganegar­a Indonesia dipercayai telah menyimbah minyak petrol di ruang tamu rumah dalam kejadian kira-kira jam 8 malam.

“Sejurus tindakan itu, api telah marak di sekitar dalam rumah kongsi berkenaan.

“Suspek telah terbakar bersama seorang lagi penghuni rumah (mangsa) yang merupakan seorang pekerja ladang juga warganegar­a Indonesia,” katanya.

Kasim berkata, kejadian itu dilihat oleh seorang saksi iaitu isteri kepada mangsa dan isteri mangsa ini telah berjaya menyelamat­kan diri.

“Pekerja ladang yang berada berhampira­n berjaya memadamkan api dalam rumah terbabit daripada merebak,” katanya.

Beliau berkata, suspek dan mangsa yang mengalami kecederaan parah akibat terbakar telah dikejarkan ke hospital bagi menerima rawatan.

“Setelah menjalani rawatan, mangsa disahkan meninggal pada hari sama, kirakira jam 11 malam di hospital berkenaan,” katanya.

Kasim berkata, sehingga kini pihak polis masih menjalanka­n siasatan berhubung motif kejadian.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

 ??  ?? SIASAT: Pihak polis menjalanka­n siasatan di lokasi kebakaran.
SIASAT: Pihak polis menjalanka­n siasatan di lokasi kebakaran.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia