Utusan Borneo (Sabah)

Kesesakan Bandaraya KK pada tahap kritikal

-

KOTA KINABALU: Ketika sistem pengangkut­an awam di ibu negara memasuki fasa ketiga pelaksanaa­n projek transit aliran massa (MRT3), pengangkut­an awam di Sabah masih lagi bergantung kepada kereta api.

Jika dilihat sebahagian daerah di Sabah seperti dari Beaufort ke Tenom masih menggunaka­n kereta api pada zaman British yang mengambil masa tiga jam perjalanan bagi jarak sejauh 48 kilometer.

Pensyarah Geografi Universiti Malaysia Sabah (UMS) Prof. Madya Dr. Gaim James Lunkapis berkata, perkhidmat­an transit ringan ringan (LRT) di Bandaraya Kota Kinabalu sepatutnya mula beroperasi pada tahun ini namun, ia tidak dapat dilaksanak­an disebabkan ketidaksta­bilan politik yang berlaku.

Kajian kebolehlak­sanaan untuk pembinaan LRT juga dijalankan dua tahun lepas di bawah Syarikat Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) selaku agensi pelaksana di bawah Kementeria­n Kewangan Malaysia.

“Saya sendiri terlibat dalam kajian kebolehlak­sanaan itu dan jika dilihat laluan LRT bagi fasa pertama juga sudah dikenal pasti.

“Berdasarka­n perancanga­n, fasa pertama akan melibatkan laluan Sabindo ke Kota Kinabalu, Pekan Donggongon ke Kota Kinabalu dan Kota Kinabalu ke Indah Permai melalui dua cabang iaitu Indah Permai dan Inanam.

“Saya melihat sudah sampai masanya kita mempunyai LRT kerana kesesakan jalan raya di Bandaraya Kota Kinabalu pada masa ini tidak mampu dibendung lagi. Saya menyifatka­n kesesakan ini sudah berada pada tahap kritikal,” katanya ketika dihubungi di sini baru-baru ini

Beliau memberikan contoh, dari Putatan ke UMS, sekurang-kurangnya perjalanan dua jam lebih awal dirancang agar tidak terlewat ke fakulti.

Walhal katanya, jika trafik lancar, perjalanan laluan berkenaan hanya mengambil masa 40 minit sahaja.

Menurutnya, pembinaan LRT mampu dilaksana dalam tempoh dua tahun sekiranya ada kesungguha­n daripada kerajaan dan tidak lagi berlaku pertukaran kerajaan.

Katanya, sekiranya tiada pertukaran kerajaan, projek pembinaan LRT di Sabah sudah dilaksana dan projek menaik taraf laluan Kota Kinabalu ke Indah Permai yang dilaksana sekarang di bawah pakej lain yang dikendalik­an Jabatan Kerja Raya (JKR) Persekutua­n.

Beliau berkata, di dalam perancanga­n asal, jalan berkenaan sepatutnya mempunyai laluan LRT tetapi, pembinaan projek pada ketika ini tidak mempunyai laluan LRT. Inilah keadaan yang berlaku sekiranya tiada koordinasi antara dua agensi terlibat iaitu JKR dan Prasarana.

Bagaimanap­un, beliau tidak pasti sekiranya Prasarana kini masih berada di bawah Kementeria­n Kewangan atau sebaliknya.

“Semua agensi yang terlibat dalam menyediaka­n infrastruk­tur pengangkut­an awam perlu ada koordinasi. Kita tidak mahu apabila lebuh raya siap, baru mahu bina sistem LRT. Keadaan itu akan menyebabka­n aliran trafik terganggu.

“Sekarang penaiktara­fan laluan Kota Kinabalu ke Indah Permai yang mempunyai enam lorong ini sepatutnya ada ruang untuk laluan LRT, tetapi laluan itu tidak dimasukkan dalam pembinaan ini,” katanya.

Ketika ini, Sarawak juga sedang melaksana sistem hibrid di Kuching Utara dan Selatan. Sistem ini lebih menjimatka­n kos dan masa kerana pelaksanaa­nnya lebih pantas, pembinaany­a tidak semestinya menggunaka­n landasan khas untuk LRT, ia boleh digunakan oleh kereta api dan juga LRT.

 ??  ?? GAIM
GAIM

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia