Utusan Borneo (Sabah)

Warga emas seru masyarakat daftar vaksin COVID-19

-

KOTA KINABALU: Warga emasyangsu­dahmendapa­tkan suntikan vaksin dos pertama Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) menyeru masyarakat untuk mendaftar sebagai penerima vaksin COVID-19.

Pesara syarikat swasta, S Kannan, 83, berkata, tiada sebarang kesan sampingan dialami selepas menjadi antara yang terawal menerima suntikan dalam PICK fasa dua di Sabah.

“Setakat ini, saya tidak menghadapi sebarang kesan. Mungkin perlu tunggu beberapa jam kemudian atau hari lagi sekiranya terdapat kesan sampingan.

“Namun, saya percaya mendapatka­n vaksin adalah baik untuk diri saya dan saya menggalakk­an orang ramai untuk mengambil vaksin ini kerana ia dapat melindungi diri dan masyarakat sekeliling,” katanya ketika ditemui media sekitar 30 minit selepas menerima suntikan.

Dalam pada itu, Datuk Noni Said, 70 dari Kota Kinabalu juga antara penerima vaksin pada hari pertama fasa kedua dimulakan.

Menurutnya, meski sudah disuntik vaksin, orang ramai masih perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

“Walaupun sudah menerima suntikan, kita masih perlu memakai pelitup separuh muka dan mematuhi penjarakan sosial yang ditetapkan bagi mengurangk­an risiko jangkitan.

“Namun begitu, saya tetap berasa lega setelah mendapatka­n vaksin dos pertama kerana saya yakin, ia sebagai benteng memutuskan rantaian jangkitan COVID-19.

“Padaawalny­a,memangsaya berasa ragu kerana mempunyai penyakit darah tinggi dan jantung. Tetapi, melalui info yang diberikan, saya lebih yakin untukmenda­ftarsebaga­ipenerima vaksin ini,” katanya.

Majlis Pelancaran Fasa Kedua Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan berlangsun­g di Dewan Serbaguna Kompleks Pentadbira­n Kerajaan Persekutua­n Sabah, semalam dan disempurna­kan oleh Menteri

Pembanguna­n Masyarakat dan Kesejahter­aan Rakyat Ir Shahelmey Yahya mewakili Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor.

Shahelmey berkata, seramai 268,000 penerima vaksin disasarkan dalam PICK fasa dua di Sabah melibatkan warga emas berumur 60 tahun dan ke atas, orang kurang upaya (OKU) dan golongan berisiko tinggi.

Turut Hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Safar Untong, Setiausaha Persekutua­n Sabah Datuk Dr. Zulkapli Mohamed dan Pengarah Kesihatan Negeri Sabah Datuk Dr. Christina Rundi. — Penerangan

 ??  ?? VAKSINASI: S Kannan (kiri) ketika menunggu giliran untuk divaksin.
VAKSINASI: S Kannan (kiri) ketika menunggu giliran untuk divaksin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia