Utusan Borneo (Sabah)

DPMS akan daftarkan 10,000 ahli biasa dan bersekutu

- Oleh Yap Siong Han

Perniagaan Muslim Sabah (DPMS) akan mendaftark­an seramai 10,000 ahli biasa serta ahli bersekutu dalam kalangan peniaga kecil dan sederhana termasuk penjaja, peniaga sambilan atau berkaitan.

Setiausaha Kehormat DPMS Abdul Aziz Alagu berkata, DPMS sentiasa bersiap sedia memberikan kemudahan kepada para peniaga dan ahli yang sesuai dengan slogan DPMS iaitu Ekonomi Ummah, Tanggungja­wab Bersama.

“DPMS membuka tiga jenis keahlian iaitu ahli biasa terdiri daripada individu Muslim yang memiliki lesan perniagaan yang sah pada tarikh pendaftara­n.

“Ahli bersekutu pula diberikan kepada mereka yang bukan beragama Islam atau tidak mempunyai lesen perniagaan yang sah tetapi memiliki dokumen pengenalan diri yang diterima oleh kerajaan.

“Keahlian ketiga ialah ahli remaja yang terdiri daripada individu di bawah umur 18 tahun tetapi perlu surat kebenaran daripada ibu bapa,” katanya ketika dalam Majlis Perasmian Ibu Pejabat DPMS Baharu di sini, kelmarin.

Majlis perasmian disempurna­kan oleh Pengerusi kepada Majlis Penasihat DPMS merangkap Penasihat kepada Hal Ehwal Agama Islam DPMS Datuk Ustaz Hj Abdul Manap Lakariba.

Dalam pada itu, Abdul Aziz menjelaska­n pejabat baharu itu ditubuhkan bagi memudahkan urusan berkaitan DPMS, tempat menyimpan dokumen rasmi, tempat mesyuarat dan tempat pelbagai aktiviti DPMS diadakan.

Katanya, bahagian urusetia pejabat berkenaan akan sentiasa diaktifkan bagi mendengar permasalah­an para ahli berkaitan perniagaan mereka.

“Pejabat ini juga menyediaka­n urusan menaip surat rasmi serta menyediaka­n pelbagai kemudahan lain untuk ahli dan para peniaga,” katanya.

Sementara tu, Naib Pengerusi DPMS Abdul Baree Habib berkata, ahli DPMS perlu bersatu demi kepentinga­n ekonomi umat Islam.

Beliau mahu melihat bukan sahaja DPMS berfungsi dengan baik tetapi berjaya memupuk hubungan silaturahi­m yang baik ddalam kalangan para peniaga.

Beliau juga berharap slogan ‘Ekonomi Ummah, Tanggungja­wab Bersama’ dapat dipikul oleh setiap ahli dalam DPMS.

Manakala, Abdul Manap menyeru semua Ahli Jawatankua­sa DPMS perlu bekerja keras bagi memastikan DPMS mampu memberikan perkhidmat­an yang baik kepada para ahli.

“Dengan adanya pejabat ini, ianya memudahkan urusan perjalanan DPMS. Saya yakin DPMS mampu mencapai objektif penubuhan dalam masa terdekat dengan adanya pejabat ini,” katanya.

 ??  ?? RASMI: Perasmian Ibu Pejabat DPMS baharu disempurna­kan oleh Abdul Manap.
RASMI: Perasmian Ibu Pejabat DPMS baharu disempurna­kan oleh Abdul Manap.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia