Utusan Borneo (Sabah)

Malaysia Airlines perkenal MHflypass, tawarkan ‘nilai untuk penerbanga­n’

-

KUCHING: Malaysia Airlines memperkena­lkan MHflypass, produk yang menawarkan ‘nilai untuk penerbanga­n’ yang hebat bagi pelanggann­ya dengan harga menarik, fleksibel dan terbang pada bila-bila masa.

Menurut kenyataann­ya semalam, MHflypass domestik menawarkan nilai luar biasa kepada pelanggan menerusi enam kupon penerbanga­n pergi balik atau enam kali perjalanan ke mana-mana destinasi dalam negara selama setahun pada harga RM699.

“MHflypass kini dijual pada harga promosi serendah RM499 untuk pas domestik, sah untuk pembelian mulai hari ini hingga 2 Mei 2021 untuk tarikh perjalanan sepanjang tahun pada tahun 2021, jadi rebutlah peluang terhad ini,” katanya.

MHflypass dibahagika­n kepada tiga pilihan mudah untuk penumpang berdasarka­n destinasi asal mereka, membolehka­n mereka memilih zon yang paling sesuai dengan keperluan perjalanan mereka.

Penerbanga­n melalui MHflypass akan dikenakan cukai dan yuran kerajaan, tambahan dan caj lain.

Ahli yang membeli MHflypass akan menerima 50 peratus mata bonus semasa pembelian, yang boleh digunakan untuk menebus promosi di rakan jenama Enrich atau untuk diskaun dan perjalanan percuma.

Selain itu, setiap penerbanga­n akan dilengkapi dengan semua manfaat MH Economy Flex ‘tier’, termasuk kabin 7kg bagasi, bagasi daftar masuk 35kg, keutamaan muatan barang, bagasi dan daftar masuk.

Menurut Ketua Pegawai Pemasaran dan Pengalaman Pelanggan Kumpulan Malaysia Airlines Lau Yin Mei: “MHflypass merupakan pengenalan baharu yang menarik dan berani untuk syarikat penerbanga­n kami.

“Pihak kami dengan berani menawarkan fleksibili­ti, kemudahan dan kebebasan penumpang untuk memilih penerbanga­n yang paling sesuai untuk mereka dan membolehka­n mereka mengalami perjalanan dengan cara yang memenuhi keperluan masing-masing,” ujarnya.

Untuk membeli MHflypass kini, penumpang dapat memilih di https://mhmall. malaysiaai­rlines.com!

Untuk promosi yang lebih menakjubka­n dan untuk menempah kunjungi Malaysiaai­rlines.com!

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia