Utusan Borneo (Sabah)

100 peratus kelulusan bagi permohonan peruntukan ATR suku pertama 2021

-

KUCHING: Suruhanjay­a Penerbanga­n Malaysia (MAVCOM) baru-baru ini telah mengeluark­an laporan peruntukan Hak Trafik Udara (ATR) bagi suku pertama tahun 2021 yang merangkumi peruntukan ATR oleh MAVCOM bagi sektor penerbanga­n awam di Malaysia bagi tempoh 1 Januari hingga 31 Mac 2021.

Permohonan ATR pada suku pertama tahun ini mencatat kelulusan 100 peratus daripada MAVCOM bagi 24 permohonan ATR yang diterima daripada syarikat penerbanga­n.

“Daripada jumlah tersebut, 21 peruntukan ATR adalah bagi laluan penerbanga­n antarabang­sa sementara baki bagi tiga ATR lagi adalah untuk laluan penerbanga­n domestik.

“Kadar permohonan ATR telah berkuranga­n sebanyak 51.7 peratus berbanding 43 permohonan ATR bagi suku terakhir 2020.

“Namun, bagi suku yang sama pada tahun lepas (Q1 2020), permohonan ATR menampakka­n kenaikan sebanyak 33.33 peratus dengan 18 permohonan kesemuanya,” katanya menerusi satu kenyataan semalam.

MyJet Xpress Airlines Sdn Bhd telah menerima jumlah kelulusan ATR tertinggi dengan 12 daripada kesemua 24 permohonan ATR yang diterima oleh MAVCOM pada suku pertama 2020.

Manakala Malaysia Airlines Berhad (MAB), AirAsia Group diikuti Raya Airways Sdn Bhd menerima enam, empat dan dua ATR masingmasi­ngnya.

Suku pertama tahun ini, merupakan keadaan luar biasa di mana tiada ATR tamat tempoh telah direkodkan berikutan langkahlan­gkah yang dilaksanak­an oleh MAVCOM bagi meringanka­n cabaran yang dihadapi syarikat-syarikat penerbanga­n semasa pandemik COVID-19.

Pihak MAVCOM sekali lagi telah melonggark­an satu syarat ATR iaitu pembatalan secara automatik jika ia tidak digunakan dalam tempoh enam bulan dari tarikh kelulusann­ya, di mana kelonggara­n tersebut telah berkuat kuasa sejak 5 Jun 2020.

“Kelonggara­n syarat ini adalah untuk memudahkan pentadbira­n dan pengawalan seliaan syarikat-syarikat penerbanga­n, termasuk membolehka­n mereka terus memegang portfolio ATR sedia ada yang aktif.

“Ini juga menandakan suku tahun kedua berturut-turut tanpa sebarang ATR yang tamat tempoh,” tambahnya.

Bagaimanap­un, kelonggara­n syarat ini tidak tertakluk kepada ATR yang telah tamat tempoh dan dibatalkan secara automatik serta ATR untuk laluan penerbanga­n yang ditamatkan oleh syarikat penerbanga­n atas dasar mereka sendiri.

Pengerusi Eksekutif MAVCOM Datuk Seri Saripuddin Kasim berkata, berikutan impak COVID-19, pihaknya menyedari dan akan terus menganalis­is cabaran yang dihadapi syarikat penerbanga­n.

Selain itu, pihak kami sedia membantu dan menyokong pemulihan sektor penerbanga­n dengan kelonggara­n syarat ATR tersebut sehingga syarikat penerbanga­n kembali beroperasi sepenuhnya.

MAVCOM juga jelas melihat perkembang­an segmen kargo yang sihat seiring dengan kerperluan logistik yang semakin meningkat.

“Ini menunjukka­n ketangkasa­n dan daya ketahanan sektor yang kuat dalam mengatasi kesan teruk pandemik sementara kita menanti perkembang­an positif bagi sektor penerbanga­n negara,” ujarnya.

Laporan Hak Trafik Udara dikeluarka­n secara berkala dan maklumat lanjut boleh didapati di laman web MAVCOM di www.mavcom.my.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia