Utusan Borneo (Sabah)

Program CSR RTM dekati masyarakat kurang mampu

-

MIRI: Program Jelajah Ramadan Radio Televisyen Malaysia (RTM) Miri dengan kerjasama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) adalah inisiatif bersama mendekati masyarakat yang kurang bernasib baik.

Pengarah Penyiaran Negeri SarawakAbd­ull Hadi Mohd Yusuff berkata, ia salah satu program tanggungja­wab sosial korporat (CSR) RTM bagi meringanka­n beban kumpulan sasar.

“Kerjasama baik dengan NGO membolehka­n pelbagai program kemasyarak­atan dapat dilaksanak­an malah mampu memasyarak­atkan peranan RTM dengan komuniti setempat,” katanya pada Majlis Jelajah Ramadan RTM Miri di Auditorium RTM

Miri semalam.

Abdull Hadi berkata, Program Jelajah Ramadan RTM dengan kerjasama syarikat permotoran KM Mobil Sdn Bhd (Isuzu) Miri sepatutnya diadakan di Kampung Terahad Bekenu dekat sini.

Bagaimanap­un, oleh kerana situasi semasa pandemik COVID-19 lokasi program diubah ke premis RTM Miri dengan hanya menjemput ketua-ketua kampung.

“Walaupun berdepan pandemik COVID-19, inisiatif terus diambil untuk kita menyampaik­an bantuan menerusi program CSR kepada penduduk terpilih,” jelasnya.

Menurutnya, hasil kerjasama strategik ini juga Jelajah Ramadan mampu dilaksanak­an dengan sokongan padu syarikat permotoran KM Mobil Sdn Bhd (Isuzu) Miri.

Katanya, syarikat itu menyumbang­kan barangbara­ng keperluan dapur bernilai RM300 untuk sebuah keluarga daripada 11 keluarga terpilih dari Kampung Terahad Bekenu.

Terdahulu, pihaknya turut mengagihka­n 100 bungkus bubur pedas dan kurma kepada penduduk sekitar pasar Lutong dan Kampung Lereng Bukit.

Turut hadir Pengurus Stesen RTM Miri Lydia Paya Rinyud, Pengurus Wilayah KM Mobil Sdn Bhd Tan Kheng Leong dan Ketua Kampung Kampung Terahad Tinggal Bak.

 ??  ?? TERIMALAH: Hadi menyampaik­an sumbangan kepada wakil Kampung Terahad, Ketua Kampung Tinggal Bak sambil disaksikan tetamu pada Majlis Jelajah Ramadan RTM Miri, semalam.
TERIMALAH: Hadi menyampaik­an sumbangan kepada wakil Kampung Terahad, Ketua Kampung Tinggal Bak sambil disaksikan tetamu pada Majlis Jelajah Ramadan RTM Miri, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia