Utusan Borneo (Sabah)

Ahli keluarga risau keselamata­n penyelam wanita masih hilang

-

Ahli keluarga Karen Chong (Chong Su Sian), 31, penyelam wanita yang dilaporkan hilang di perairan Pulau Satang pada Sabtu lalu amat risau tentang keselamata­n mangsa dan telah melakukan inisiatif mencari dan menyelamat (SAR) sendiri bagi membantu operasi SAR rasmi yang dijalankan Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM) Sarawak.

Menurut abang mangsa, Brandon Chong, ahli keluargany­a telah melakukan sedaya upaya bagi membantu SAR itu dan sangat kecewa dengan komitmen pihak berkuasa.

Bercakap kepada The Borneo Post, katanya, dia amat sukar untuk mempercaya­i apa yang diberitahu APMM kepadanya tentang operasi SAR itu dapat menunggu sementara ‘adiknya timbul di laut untuk diselamatk­an’.

Katanya, dia cuba memahami prosedur operasi standard (SOP) pihak berkuasa yang perlu diikuti namun ia tidak dapat membantuny­a kerana bimbang akan keselamata­n Karen.

“Kali terakhir adik saya menyelam pada jam 4.20 petang Sabtu. Dia sepatutnya timbul dalam masa 20 hingga 30 minit tetapi ini tidak berlaku. Jadi rakan-rakan dia mula menyelam mencarinya setelah menyedari sesuatu yang tidak kena.

“Rakan-rakan dia ada terdengar bunyi wisel semasa awal pencarian itu namun tidak dapat memastikan sama ada ia daripada adiknya. Saya dimaklumka­n dia hilang sekitar jam 7 malam,” katanya.

Brandon memberitah­u, dia kemudianny­a segera meminta pertolonga­n daripada ahli keluarga dan rakannya bagaimana untuk membantu menyelamat­kan mangsa.

Menurutnya, seorang pengusaha kedai peralatan menyelam menasihati­nya untuk meminta pertolonga­n daripada APMM kerana ia di bawah bidang kuasa agensi berkenaan.

“Saya diberi nombor untuk dihubungi tetapi setelah lebih 10 panggilan tidak dijawab, saya beralih ke talian 999, yang menghubung­kan saya kepada jabatan kecemasan di Putrajaya. Saya diberitahu untuk meninggalk­an nombor telefon saya dan pihak APMM akan menghubung­i saya semula,” jelasnya.

Katanya, beberapa pihak berkuasa termasuk Angkatan

Pertahanan Awam Malaysia (APM) menghubung­inya selepas itu tetapi bukan APMM.

Tanpa putus asa, Brandon berkata, dia cuba menghubung­i APMM semula namun malangnya selepas satu jam barulah APMM menghubung­inya.

“Saya memaklumka­n kepada APMM bahawa saya memerlukan bantuan mereka untuk mencari dan menyelamat adik saya tetapi mereka memberitah­u saya, mereka ada bot yang diparkir di Lundu tetapi tidak mempunyai minyak. Mereka juga memaklumka­n kepada saya bahawa mereka akan mulakan operasi SAR pada jam 7 pagi keesokan hari (Ahad).

“Adik saya hilang dan menanti untuk diselamatk­an, tidak dapatkah APMM menjalanka­n operasi SAR mereka dengan segera? Tetapi mereka memberitah­u saya mereka perlu menunggu pihak bomba dan polis.

“Pada masa itu saya tahu mereka tidak dapat membantu saya mencari adik saya, jadi saya meminta rakan-rakan saya untuk membantu. Mereka keluar ke laut mencari adik saya hingga tengah malam tetapi disebabkan cuaca tidak mengizinka­n kami kembali ke darat. Keesokan harinya, SAR dijalankan atas inisiatif kami sendiri tetapi APMM tidak,” katanya.

Brandon berkata, APMM memaklumka­n operasi SAR akan bermula jam 7 pagi tetapi ini tidak berlaku kerana hanya pasukan polis yang melakukan beberapa usaha SAR sekitar jam 9 pagi Ahad.

Dia mengatakan APMM menghubung­inya sekitar jam 11 pagi Ahad dan memberitah­u akan berjumpa mereka di jeti awam Telaga Air nanti.

Namun, apa yang mengejutka­nnya, bot yang sepatutnya membawa pasukan penyelam APMM masih kehabisan minyak ketika dia tiba di jeti berkenaan.

“Mereka memberitah­u saya, seorang mewakili keluarga perlu bersama dengan pasukan SAR, jadi saya pergi.

“Mereka mengatakan kepada saya mereka memerlukan lokasi yang tepat padahal saya telah menghantar mereka koordinat sebelum ini. Saya akan lebih bersyukur jika mereka melakukan operasi SAR sebelum sidang media.

“Tetapi apa yang mereka lakukan adalah mengadakan sidang media dahulu tentang apa yang mereka akan lakukan dan barulah operasi SAR dimulakan. Inilah sebabnya mengapa saya tidak dapat menyembuny­ikan kemarahan saya semasa sidang media,” jelasnya.

Menurut Brandon lagi, operasi SAR APMM ditangguhk­an jam 6 petang pada Ahad.

Dia berkata, dia tercengang apabila pasukan SAR APMM memberitah­unya mereka akan berhenti jam 6 petang.

“Saya bersama mereka dari jam 2 petang hingga 6 petang. Apabila mereka memberitah­u saya operasi SAR ditangguhk­an jam 6 petang, saya bertanya kepada diri sendiri ‘bagaimana mereka boleh menangguhk­an SAR apabila adik saya masih belum dijumpai?’. Tetapi mereka menangguhk­an operasi jam 6 petang.

“Saya telah mencadangk­an kepada mereka untuk menggunaka­n helikopter tetapi mereka memberitah­u kepada saya ia akan dilancarka­n pada hari kedua SAR. Jadi, mereka panggil hari kedua adalah hari kedua dari hari mereka memulakan operasi SAR iaitu hari ini (Isnin) dan adik saya hilang sudah masuk hari ketiga,” jelasnya.

Katanya, keluargany­a berjaya mengaturka­n pencarian udara untuk mencari Karen pada Ahad tetapi tidak menemui.

“Saya bukan mengeluh tetapi adik saya menunggu untuk diselamatk­an. Namun cara pihak berkuasa menjalanka­n operasi dilihat seperti mencari berbanding menyelamat.

“Jika itu benar cara pihak berkuasa menjalanka­n operasi SAR, saya boleh katakan sudah tiba masa untuk mereka memperketa­tkan semula SOP mereka kerana ini perkara berkaitan hidup dan mati,” katanya.

Brandon menjelaska­n dia bukan cuba untuk menyulitka­n keadaan pihak berkuasa tetapi ia berkaitan tentang keselamata­n adiknya.

“Saya amat berterima kasih atas bantuan daripada pihak berkuasa dan saya tahu mereka cuba sedaya upaya. Saya bukan seorang yang berpandang­an negatif tetapi tindakan pihak berwajib ada kekurangan. Mana-mana keluarga mangsa tidak dapat menerima usaha SAR yang ‘lambat’,” katanya.

Pada Ahad, Timbalan Pengarah Operasi APMM Sarawak Kapten Maritim Yousry Yaali berkata, Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Kuching menerima maklumat mengenai kejadian itu daripada Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak melalui panggilan kecemasan MERS 999 pada jam lebih kurang 8 malam, Sabtu.

Berikutan itu, katanya MRSC Kuching telah mengaktifk­an operasi mencari dan menyelamat pada jam 9 malam Ahad dan Pangkalan Hadapan Carilamat (PHC) juga ditubuhkan di jeti awam Telaga Air sekitar jam 8 pagi Ahad.

 ?? — Gambar ihsan Brandon Chong ?? BIMBANG: Gambar kenangan Karen ketika aktiviti menyelam sebelum ini.
— Gambar ihsan Brandon Chong BIMBANG: Gambar kenangan Karen ketika aktiviti menyelam sebelum ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia