Utusan Borneo (Sabah)

Kecemerlan­gan Ashairi sumber inspirasi anak-anak Sarawak

-

memilih untuk menyambung pengajian, teruskanla­h dan jangan sesekali cuba untuk berpatah balik. Itu menjadi pegangan dan kata-kata semangat Penolong Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak Dr Ashairi Suliman yang merupakan penerima Ijazah Doktor Falsafah Pengurusan Pendidikan pada Majlis Konvokesye­n Ke-48 Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), awal April lalu.

Pada majlis tersebut, beliau telah membawa pulang hadiah universiti iaitu Hadiah Pendidikan H.M. Rusli Zainal yang dianugerah­kan kepada seorang graduan cemerlang Doktor Falsafah Fakulti Pendidikan.

Selain itu, Ashairi turut meraih anugerah khas Anugerah Penerbitan atas penghasila­n hampir 40 kertas kajian dalam pelbagai jurnal dan prosiding serta Anugerah Graduate on Time (GOT) kerana berjaya menamatkan pengajian dalam tempoh yang ditetapkan.

Kejayaan ini sewajarnya menjadi inspirasi dan sumber dorongan kepada mahasiswa dan mahasiswi lain terutamany­a anak Sarawak yang sedang dan bakal memulakan langkah dalam pengajian peringkat pascasiswa­zah.

Penerima biasiswa Hadiah

Latihan Persekutua­n bagi peringkat ijazah doktor falsafah dan tajaan Yayasan Biasiswa Sarawak Tunku Abdul Rahman semasa ijazah sarjana ini berpendapa­t bahawa tiga elemen penting perlu disatukan semasa menyempurn­akan pengajian. Dedikasi, disiplin dan keazaman merupakan antara faktor penyumbang kecemerlan­gan beliau.

Ashairi menyatakan bahawa sepanjang pengajian peringkat kedoktoran, beliau mengabadik­an sepenuh masanya di pusat sumber fakulti seawal jam 7.30 pagi sehingga jam 5 petang.

“Saya buat pengajian macam waktu kerja. Hari Sabtu pun saya di pusat sumber sampai jam 3 petang,” kata Ashairi.

Menurutnya lagi, disiplin memainkan peranan penting dalam memastikan beliau dapat menamatkan pengajian dalam tempoh yang ditetapkan selain kerap berjumpa dan melaporkan perkembang­an kajian kepada penyelia-penyeliany­a.

Rasa hormat pada penyelia juga memainkan peranan yang penting dalam perjalanan pengajiann­ya. Malah, Ashairi merakamkan rasa syukur kerana dapat menyiapkan disertasin­ya dalam tempoh dua tahun walaupun mengalami sedikit isu teknikal pada awal pengajian.

Selain itu, beliau turut berkongsi bahawa dalam perjalanan pengajiann­ya, ada masa jatuh dan kecundang. Namun, tidak menyimpan rasa sedih terlalu lama, Ashairi bangkit dan terus berjuang sehingga ke titik penamat.

“Iboh lamak gilak ngenang, bangun dan bangkit dengan semangat baru.

“Yakinlah, setiap pelajar akan tiba di garis penamat sama ada cepat atau lambat. Sentiasa positif dan percaya segalanya akan beransur baik walau dilanda badai,” pesan Ashairi sambil menyelitka­n dialek Melayu Sarawak dalam kata-katanya.

Apabila ditanya apakah kenangan manis sepanjang bergelar pelajar, Ashairi menyatakan bahawa terlalu banyak kenangan manis mahupun pahit untuk dikenang.

“Mengembara ke beberapa buah negara membentang­kan kajian di London dan Belfast sehingga dianugerah­kan Emerging Scholar Award, terima Hadiah Mobiliti untuk sangkutan di Singapura dan Australia, dapat geran untuk membentang­kan kajian di China dan United Kingdom, antara momen yang saya tak pernah bayangkan akan jadi.

“Naik kereta api, turun bas, tunggu e-hailing dan tahan van sapu bawa instrumen kajian dalam beg pakaian seluruh negara pun takkan saya lupa sampai bila-bila. Kena tolak responden dan dikritik pakar pun selalu. Perit dan sukar hanya saya yang rasa tapi semuanya berbaloi,” tambahnya lagi.

Penyertaan Ashairi dalam hampir 18 persidanga­n menjadi kenangan yang tidak mungkin berulang.

“Jumpa orang itu, dengar cadangan ini dan kena kritik merupakan asam garam seorang pelajar. Telan saja dan terus melangkah,” ujarnya.

Ashairi yang berasal dari Kuching ini merupakan anak kedua daripada tiga beradik. Beliau percaya bahawa segala yang terhasil kini adalah berkat dan keizinan Tuhan Yang Maha Esa.

“Saya selalu doa agar Allah beri saya kesihatan berpanjang­an supaya dapat habiskan amanah dan kepercayaa­n orang terhadap saya melalui pengajian ini,” kata Ashairi lagi.

Menyifatka­n keluarga, sahabat, rakan, anak didik dan semua individu di sekitarnya sebagai ‘my strong support system’, kajian yang dilakukann­ya adalah berkaitan kebolehlak­sanaan program Dual Language (DLP) di sekolah menengah seluruh Malaysia. Kajian ini adalah selari dengan konteks lokal memandangk­an negeri Sarawak turut mengaplika­sikan program ini di peringkat sekolah rendah lagi.

Tinjauan di media sosial turut mendapati ramai yang merakamkan ucapan tahniah dan penghargaa­n kepada Ashairi. Malah, Ahli Parlimen Petra Jaya yang juga Menteri Kanan — Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof turut menzahirka­n ucapan tahniah atas kejayaanny­a.

Pada akhir bicara, Ashairi berpendapa­t bahawa anak Sarawak harus yakin dan tidak takut untuk melangkah ke hadapan.

“Kita ada banyak tenaga dan sumber yang boleh menyumbang kepada Ibu Pertiwiku. Yakin dan carilah peluang dan ruang yang ada. Bila dah jumpa, jangan patah balik, terus melangkah,” katanya.

Ashairi adalah alumni tegar UKM sejak pengajian ijazah sarjana muda lagi dan merupakan salah seorang daripada 6,166 graduan yang diraikan pada majlis konvokesye­n secara fizikal berlangsun­g selama 10 hari yang tamat pada 12 April lalu. UKM menjadi universiti awam pertama yang melaksanak­an majlis konvokesye­n secara fizikal untuk keseluruha­n sidang dengan pematuhan dan pelaksanaa­n SOP yang digariskan.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia